Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah merayu daripada para jutawan negeri kelahiran mereka untuk tampil membantu pasukan The Red Warriors bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain import mereka.
Dengan berbaki dua hari lagi, dengan wang terkumpul hanya kira-kira RM13,000 sedangkan tunggakan gaji pemain import berjumlah lebih RM600,000.
Tabung awam yang dilancarkan Kafa sejak 9 Mei lalu dilihat kurang mendapat sambutan terutama daripada individu bergelar jutawan atau hartawan Kelantan.
Golongan tersebut buat masa ini tidak begitu berminat untuk membantu meringankan bebanan hutang KAFA.
Lantas Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman menyatakan bahawa pihak Beliau sudah menghubungi beberapa individu berpengaruh dan bergelar jutawan supaya dapat menghulurkan sumbangan bagi membayar tunggakan gaji berkenaan.
Namun Hussin Deraman menegaskan, setakat ini respon yang diberikan agak mengecewakan. Malah ada di kalangan jutawan dan hartawan tersebut yang tidak berminat langsung dengan usaha menyelamatkan pasukan Kelantan.
Hussin memberikan bayangan bahawa pasukan Kelantan kini diambang untuk lenyap daripada bola sepak Malaysia jika hutang tersebut tidak dibayar.
Malah harapan mereka kini adalah pada keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Mereka berharap CAS dapat memihak kepada Kafa dengan memberikan penangguhan sementara pembayaran itu.
#KotaBharu #Kafa Berbaki tiga hari dengan wang terkumpul hanya kira-kira RM13,000 mendorong Persatuan Bolasepak Kelantan merayu jutawan dan hartawan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu menghulurkan bantuan bagi membayar tunggakan gaji pemain, RM600,000.https://t.co/8Io0ttRPWQ
— Harian Metro (@hmetromy) May 20, 2020
Dipetik dari Harian Metro, Hussin Deraman berkata: “Sejujurnya saya beritahu setakat ini sumbangan daripada individu jutawan atau hartawan kurang malah apabila kita berjumpa mereka mengharapkan dapat membantu namun sehingga hari ini tidak memberikan maklum balas.
“Saya akui memang Kelantan terkenal dengan ramai jutawan dan usahawan namun jika mereka tidak mahu menghulurkan sumbangan, Kafa tidak boleh paksa kerana itu adalah hak masing-masing.”
“Sememangnya Kafa ketika ini melalui situasi sukar dan akan meneruskan kutipan derma bagi memastikan dapat mengumpul jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang itu,” katanya lagi.”
Sebelum ini, Kafa terpaksa memohon sumbangan orang ramai khususnya penyokong setia skuad The Red Warriors. Malang sekali kutipannya setakat ini hanya RM13,000 dan masih jauh daripada angka tunggakan gaji Cassio Francisco De Jesus.
Di mana tunggakan tersebut adalah RM629,620.28. KAFA diberikan tempoh selama sebulan untuk menyelesaikan tunggakan tersebur oleh FIFA.
Tarikh akhir bayaran adalah pada 23 Mei ini.