KAFA Lega Cassio Sedia Runding Semula Pembayaran Tunggakan Gaji

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menarik nafas lega apabila bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus sedia berunding mengenai tunggakan gajinya dengan persatuan itu dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA Ahmad Muzakkir Hamid berkata kesediaan pemain itu adalah perkembangan terbaru dalam menyelesaikan masalah yang membelenggu kedua-dua pihak.

“Kami akan memanfaatkan tempoh masa yang ada ini untuk sama-sama mencari jalan mencapai kata sepakat dalam isu itu.

“Peguam Cassio, Zhafri Aminurashid mahu rundingan terbabit dilakukan secara mediasi mengikut lunas undang-undang di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi memastikan hak pemain itu terjaga dan tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

JDT’s Fernando Andres Marquez (blue) try to fight the ball with Kelantan’s Cassio Francisco De Jesus during their match at Larkin Stadium , Johor Baru

KAFA dilaporkan mempunyai tunggakan gaji sebanyak RM629,620.28 dengan pemain kelahiran Brazil itu dan berdepan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ahmad Muzakkir berkata rayuan KAFA akan terbatal secara automatik selepas mediasi dilakukan dan CAS akan memberi perintah persetujuan ke atas persetujuan yang dicapai antara kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, beliau berkata KAFA akan mengadakan mesyuarat pada 10 Jun depan bagi membincangkan hala tuju perjalanan persatuan yang berdepan kemelut kewangan.

KAFA minta kerajaan negeri tolong

Persatuan Bola Sepak Kelanta (KAFA) sebelum ini menyatakan mereka meletakkan harapan kepada kerajaan negeri untuk membantu mereka dalam usaha menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain impor Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28 yang sepatutnya diselesaikan sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

KAFA menegaskan mereka sudah cuba sedaya upaya untuk mencari wang termasuk menubuhkan tabung kutipan derma awam. Namun ianya kurang mendapa sambutan.

KAFA berharap kerajaan negeri akan memberikan bantuan. Di mana KAFA menganggap itu adalah talian hayat terakhir mereka pada ketika ini.

Perkara terbabit telah disahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kafa, Ahmad Muzakkir Hamid yang merayu kerajaan negeri membantu pasukan Kelantan FA menyelesaikan kemelut kewangan mereka yang menurut beliau semakin meruncing.

Beliau berkata kepada Arena Metro: “Kami merayu kerajaan negeri bantulah kami dalam kemelut kewangan yang meruncing ini, sayangilah Kelantan FA yang pernah menaikkan nama Kelantan sewaktu ketika dahulu.”

“Kami perlukan sumber kewangan di masa pandemik Covid-19 yang mana tidak ada sumber pendapatan lagi, terbaru penaja utama After Image menarik diri oleh faktor aliran kewangannya.”

“Kafa adalah milik rakyat, mereka juga turut bersedih nasib yang menimpa kami, ramai menderma namun jumlah terbabit masih lagi tidak mencukupi,” katanya lagi.

Kelantan kini terus dirundung masalah apabila bekas Pengarah Urusan Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Datuk Wan Rakemi Wan Zahari meletak jawatan, pada Khamis lalu sekali gus menyaksikan After Image Sdn Bhd turut menarik diri.

Syarikat berkenaan adalah pemegang taruh terbesar dalam TRW. Di mana mereka memiliki kepentingan 80% dalam pemilikan TRW dan cuma 20% sahaja milik KAFA.

Perletakan jawatan dan penarikan diri After Image membuatkan Kelantan kini mati kutu untuk menyelamatkan pasukan mereka.

Dan sama sama kita berharap masalah ini akan dapat diselesaikan dan KAFA belajar daripadanya selepas beberapa kali berdepan masalah serupa.

Masalah tunggakan gaji ini bukan sahaja melibatkan Cassio De Jesus. Malah sebelum ini bekas kapten Kelanta Badhri Radzi pun sudah bersuara akan perkara itu.

Di mana beliau mendedahkan KAFA tidak membayar ansuran hutang mereka seperti yang dipersetujui.

Sumber: Arena Metro