KAFA, MUSA Diarah Bayar Tunggakan Gaji Lebih RM285K!

KUALA LUMPUR, 13 Jan — Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memulakan tahun 2021 dengan langkah kiri apabila diarah melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain tempatan yang keseluruhannya berjumlah RM187,778.92.

Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Ayub dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut dicapai jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Khamis lepas.

Menurut kenyataan itu, KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada Muhammad Fauzi Rozlan sebanyak RM63,628.18, Muhammad Zulfahmi Awang (RM50,000), Muhammad Afiq Azuan (RM32,141.99) dan Wan Mohammed Afiq Wan Mohamed Kasbi (RM21,000).

KAFA juga perlu melunaskan tunggakan gaji Mohamad Azzrie Aripin sebanyak RM4,075, Muhammad Syafiq Syahmi Husin (RM3,877), Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman (RM2,681), Ahmad Fathi Irfan Azlan (RM3,279), Muhammad Fikri Hakim Kama (RM1,289.50), Ahmad Hamzalah Zulkiflee (RM2,681) dan Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli (RM3,126.25).

Jawatankuasa Status FAM turut memutuskan bahawa tunggakan gaji berjumlah RM97,500 perlu dilangsaikan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) kepada bekas pemainnya, Curran Lawrance Singh Ferns.

“Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan MUSA dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM97,500.00 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan),” menurut kenyataan itu.

BERNAMA

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di