Kahn Akui Menyampah Lawan ‘Si Hantu’ Inzaghi

Filippo Inzaghi seringkali menjadi nama yang dibenci oleh lawannya kerana wajahnya yang seperti sengal sengal ubi tetapi power.

Malah Sir Alex Ferguson menyatakan bahawa Inzaghi adalah pemain yang lahir ofsaid.

Seorang bekas pundit Football Italia, Frank Richardson berkata:

“Ketika Pippo dipanggil untuk menyertai skuad Itali, saya dan beberapa rakan media hadir melihat sesi latihan pasukan Iatali yang penuh bintang.”

“Kami semua hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat Inzaghi. Teknik dia sangat teruk.”

Kadangkala penyokong AC Milan turut meluat dengan aksi Inzaghi. Dia berlari dalam dunia dia sendiri seperti tiada tujuan yang jelas.

Terlalu mudah jatuh dan suka merengek apabila pengadil tidak memperdulikan beliau. Namun di sebalik permainan beliau yang seperti hilang arah, beliau kerap menemui titik sentuhan penting untuk menjaringkan gol.

Yang pasti membuatkan anda ingin tergelak adalah cara dia meraikan gol.

Pemain poacher legenda ini dianggap antara fox in the box Terbaik dalam sejarah.

Poacher Adalah merujuk kepada baka yang nampak lembik secara fizikal tetapi memiliki teknik pemusnah serta naluri gol yang tinggi.

Johan Cruyff menyatakan bahawa: “Inzaghi tak bagus bermain bola tetapi dia sentiasa berada di tempat yang betul.”

Sukar betul lawannya hendak menjelaskan tentang legenda Milan ini. Dia menjadi sebab kenapa Milan berjaya membalas dendam ke atas Liverpool dengan dua gol di malam final UCL 2007.

Kahn: Inzaghi adalah hantu

Seorang lagi legenda iaitu Oliver Kahn menyatakan dia sangat benci apabila orang bertanya tentang Inzaghi padanya.

Kahn memang menyampah dengan Inzaghi. Kerana dia menyusahkan Kahn.

“Pertanyaan itu selalu sukar untuk aku jawab,” ujar Oliver Kahn ketika ditanya siapa penyerang yang paling sukar dihadapinya di dalam karier.

Kahn bedepan dengan deretan penyerang nama besar di dalam sejarah kariernya. Namun dia memilih Inzaghi yang paling sukar dihadapinya dan paling membuatkannya tension.

“Contohnya, aku pernah bermain melawan Ronaldo, yang sangat pantas, kualiti atletik tinggi, dan kemampuan mencetak gol dari bermacam-macam situasi menjadikannya pemain luar biasa.”

“Aku juga pernah berhadapan dengan Thierry Henry, seorang penyerang luar biasa: lancar, elegan, dan sangat cerdik di depan gawang.”

“Namun, penyerang yang paling aku tidak mahu hadapi adalah Inzaghi.”

Enam kali Filippo Inzaghi mencetak gol ke arah gawang Kahn dalam empat pertemuan mereka.

AC Milan Filippo Inzaghi scores
UEFA Champions League
Bayern Munich v AC Milan
11th April, 2007
——————–
Sportimage +44 7980659747
[email protected]
http://www.sportimage.co.uk/

Menjadikan Kahn dan Bayern Munich sebagai pasukan paling banyak dibolosi Inzaghi untuk pasukan di luar Itali.

Kahn menganggap Inzaghi seperti hantu. Tak nampak di mana dia berada di atas padang. Tiba tiba ada di depan kamu dan meraikan gol.

“Dia seseorang yang nyaris kamu tak dapat lihat langsung; kau bahkan tidak yakin dia akan diturunkan bermain sekalipun.”

“Tetapi di wisel penamat di papan skor akan menunjukkan 1-0 atau 2-0 untuk kemenangan kepada Inzaghi.”

“Dia penyerang yang sangat menyukarkan hidup aku. Boleh gila dibuatnya.”

“Dan mungkin dia adalah penyerang yang paling tidak ingin aku lawan kerana dia sangat sukar nak diduga. Eh siallah Jai.”

Kisah Oliver Kahn Yang Tak Bagi Kanak-Kanak 9 Tahun Skor Dalam Perlawanan Amal

Mujur Inzaghi dah bersara. Kalau tak lagi ramai penjaga gol yang berdepan tekanan emosi berhadapan dengannya.

Baca yang lain