Kai Havertz Ketuai Arsenal Bantai Chelsea 5-0

Aksi tumpuan pada pertengahan minggu ini di EPL pastinya Arsenal lawan Chelsea. Derbi London yang sentiasa panas.

Arsenal dalam proses mahu menjarakkan diri di puncak liga. Sementara Chelsea masih berusaha memperbaiki kedudukan mereka dalam liga untuk bermain di mana mana pertandingan eropah musim hadapan.

Chelsea turun tanpa penjaring terbanyak mereka musim ini, yang juga pendahulu senarai untuk anugerah kasut emas bersama Erling Haaland iaitu Cole Palmer.

Sebelum perlawanan, Mauricio Pochettino mahu Chelsea membuktikan bahawa mereka bukan Cole Palmer FC. Tetapi jelas mereka gagal menyahut cabaran itu.

Ketika perlawanan baru berusia 4 minit, Trossard sudah meletakkan Arsenal di hadapan. Ianya gol yang sangat mudah dengan aliran bola yang fluid dibuat Arsenal.

Chelsea memiliki peluang untuk membalas menerusi serangan balas. Namun tidak dapat mencetak gol.

Arsenal terus tampil dominan dalam perlawanan ini. Dan Chelsea kekal dengan pendekatan lebih pragmatik.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0. Dengan Chelsea gagal mencetak sebarang percubaan tepat daripada hanya 5 percubaan yang mereka lakukan.

Pada separuh masa kedua Arsenal tanpa belas kasihan telah menambah 4 gol. Ben White mencetak gol kedua Arsenal minit ke-52.

Lima minit kemudian bekas pemain Chelsea, Kai Havertz mencetak gol ketiga untuk Arsenal setelah menerima hantaran cantik daripada Martin Odegaard.

Kai Havertz meraikan gol itu dengan pitch slide.

Havertz sekali lagi membuktikan kualiti penyudahnya yang dirindui oleh Chelsea. Kali ini dia merembat masuk dengan percubaan rendah yang tepat untuk gol keempat Arsenal.

Ini adalah kali pertama Havertz mencetak dua gol dalam aksi liga sejak menyertai Arsenal. Dan ianya dilakukan ke atas pasukan lamanya.

Pertahanan Chelsea sekali lagi dalam keadaan tidak terurus apabila Ben White mencetak gol daripada situasi sangat mudah. White melakukan lob melepasi penjaga gol Chelsea pada minit ke-70 untuk memberikan malam yang sangat teruk buat Chelsea.

Pemain gantian Fabio Vieira dan Gabriel Martinelli mempersiakan peluang untuk mencetak gol dengan peluang yang mereka miliki.

Tamat perlawanan Arsenal 5 Chelsea 0.

Kemenangan ini membolehkan Arsenal terus memimpin Liga Perdana Inggeris. Dari segi perbezaan jaringan mereka terus jauh unggul di hadapan jika persaingan ini mungkin terikat mata akhir musim ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan