Kai Havertz Terlalu Gembira Jadi ‘Gunners’ Dan Sertai Kelab Hebat

Kai Havertz menyatakan dia terlalu gembira selepas berjaya menyertai Arsenal.

Kai Havertz sebelum ini turut menjadi sasaran beberapa kelab lain seperti Real Madrid dan Bayern.

Namun Kai Havertz terus teruja apabila Arsenal dilihat benar benar serius mahukannya. Bayern dan Real Madrid tidak membuat sebarang bidaan ke atas pemain itu yang masih bercuti.

Arsenal pula mengambil langkah pro aktif untuk mendapatkan Kai Havertz.

Thomas Tuchel memang berminat mahu bergabung semula dengan Kai Havertz namun Bayern dilihat menumpukan usaha kepada pemain lain.

Chelsea awalnya meminta £75 juta. Namun Arsenal hanya menawarkan £65 juta. Dan berkata mereka tidak akan membayara Havertz lebih £70 juta.

Chelsea yang perlu menjual beberapa pemain mereka kerana saiz skuad terlalu besar dan mahu mengurangkan bil gaji pemain di samping menambah pendapatan kelab.

Mereka akhirnya bertolak ansur dengan harga £65 juta untuk Kai Havertz.

Dalam video pertamanya di laman rasmi Arsenal, pemain antarabangsa Jerman itu akui sangat teruja dan terlalu gembira dapat bergelar pemain Arsenal.

Dia bangga menyertai kelab yang disifatkan Kai Havertz sebagai kelab hebat, serta kaya dengan sejarah itu. Dia sudah tak sabar untuk memulakan pra musim dengan Arsenal.

Seterusnya pemain itu berharap dia dan Arsenal akan dapat mencapai banyak kejayaan bersama sama.

Kai Havertz memilih jersi kegemarannya nombor.29.  Mikel Arteta gembira berjaya mendapatkan Kai Havertz yang menurutnya seorang pemain serba boleh yang pintar.