Kain Lap RM99 Keluaran Apple Sold Out, Elon Musk Cuma Tergelak Mendengarnya

Baru baru ini Apple mengumumkan bahawa mereka mengeluarkan produk kain lap yang berharga $19 ataupun sekitar RM79.00.

Namun untuk pasaran Malaysia, kedai rasmi Apple di atas talian meletakkan tanda harga RM99.00 untuk kain lap tersebut.

Ketika pelancarannya, ramai netizen mempersoalkan, “Siapa je yang akan beli pun benda macam ni? Mahal pulak tu.”

Ternyata sekali lagi netizen silap. Kerana ianya laku keras sehingga stok habis / sold out.

Kain lap itu adalah untuk mengelap peranti Apple korang. Diperbuat daripada bahan mikro fiber berkualiti dan ada logo Apple padanya.

Apple turut mengeluarkan senarai produk yang menyokong pengelapan daripada kain ini. Dan kesemuanya adalah produk Apple sendiri.

Ini senarai yang sudah dilampirkan:

Korang boleh mengelap telefon pintar, LCD komputer Apple korang dengan selamat dan berkesan. Itulah deskripsi yang diberikan Apple.

Seorang penulis Bloomberg yang melakukan reviu produk Apple, Mark Gurman berkongsi cerita bagaimana dia terpaksa menunggu dua bulan lagi untuk tempahan yang baru dia buat.

Ini kerana stok yang sedia ada sudah habis.

Tweet Gurman itu mengundang geli hati pada billionaire, Elon Musk yang hanya membalas dengan emoji ketawa.

Baca yang lain