Kajian Di England Menunjukkan Orang Bernama Emily Paling Kuat Menipu Ketika Bermain Board Game

Kajian terbaru mendapati bahawa, orang bernama Emily akan berpotensi untuk menipu korang jika diajak bermain board game.

Pada tempoh PKP dan lockdown di seluruh dunia, ramai yang mulai mencari kembali board game untuk dijadikan riadah dalam rumah.

Namun hati hati jika ada ahli keluarga korang yang bernama Emily. Pantau mereka sebaiknya.

Satu bancian dijalankan oleh agensi pemasaran bernama Boutique telah menyoal beberapa koresponden.

Dalam bancian tersebut, ditanya soalan, siapakah nama ahli keluarga mereka yang paling banyak menipu ketika bermain board game.

Jawapannya ialah Emily.

Seorang gadis bernama Emily dari Manchester telah menyangkal perkara itu. Menegaskan bahaa beliau tidak pernah menipu di dalam hidupnya ketika bermain board game

Bercakap kepada Unilad, beliau berkata: “Jujurnya, saya tak pernah menipu walau sekali pun, ketika bermain board game.”

“Paling hampir saya menang dengan cara tak adil pun ketika ibu bapa saya sengaja membiarkan saya menang untuk mengeja perkataan ‘cow’ ketika bermain scrabble – masa tu saya masih kecil.”

“Saya banyak kali bermain board game dengan rakan-rakan yang sedang mabuk. Boleh je saya nak menang menipu, tetapi saya tetap jujur dan tak mengambil kesempatan.”

Tetapi seorang lagi Emily dari Liverpool pula berani tampil mengakui memang dia suka menipu ketika bermain boar

“Ya saya, adalah seorang penipu besar dalam permainan board game. Ketika masih sekolah, saya meletakkan tanda pada kad untuk membolehkan saya mendapat tahu di mana kad terbaik. Saya 1 sejuta persen setuju dengan kajian ini.”

Emily dari Lancashire juga setuju dengan kajian tersebut.

“Saya tak nak menipu korang. Menang saya selalu menipu bermain Monopoly, dan saya tak rasa bersalah, janji saya menang.”

“Lagipun, jika korang ada adik perempuan macam yang saya ada, korang tak akan susah nak menipu. Dan menang menipu adalah satu perasaan yang sangat menyeronokkan.”

Seterusnya, 4 lagi dalam senarai top 5 orang suka menipu ialah: Megan; Hannah; Georgia; dan Claire.

Sementara itu, untuk lelaki pula, 5 senari nama yang suka menipun dalam board game ialah Ashley, William, Scott, Callum dan Isaac.

Sumber: UNILAD