Kajian Mendedahkan Mourinho Raih RM386.6 Juta Hanya Dengan Dipecat Di England

Satu kajian dibuat ke atas yuran pampasan yang diterima Mourinho hasil daripada pemecatan beliau dalam kariernya.

Kajian tersebut dikongsikan oleh 101 Great Goals. Dan kajian tersebut menunjukkan bahawa Mourinho kini menjadi manusia yang paling banyak mendapat wang hasil daripada pemecatan di England.

Sepanjang kariernya, Pengurus asal Portugal itu menerima wang pampasan daripada Chelsea, Manchester United, Spurs dan Real Madrid. Kesemua kelab tersebut memecatnya sebelum kontrak tamat.

Karier di England

Mourinho setakat ini sudah menjana lebih £100 juta, hanya menerusi kariernya di England sahaja.

Kali pertama berkelana ke England adalah pada 2004. Di mana Mourinho ketika itu tiba di Chelsea dan mengiktiraf dirinya sebagai The Special One, pada sidang media pertamanya.

Mourinho dipancing Chelsea selepas kejayaan luar biasa membantu Porto menjuarai Liga Juara Juara Eropah.

Mourinho kemudian menikmati 2 kejuaraan EPL sebelum dipecat pada 2007, akibat permulaan hambar pada awal musim.

Murinho berehat setahun, untuk memastikan dia mendapat pampasan yang tinggi. Kerana dalam klausa pemecatannya ketika itu, jika Mourinho tidak menyertai mana mana pasukan Eropah yang lain dalam masa setahun, dia akan mendapat bayaran maksimum daripada pampasan pemecatan.

Selepas lama berehat, Mourinho menyertai Inter Milan. Dan membantu kelab itu menikmati sejarah luar biasa memenangi treble.

Real Madrid kemudian datang menawarkan kontrak kepada Mourinho. Dan beliau memutuskan untuk ke Madrid.

Ketika di Madrid, Mourinho menikmati beberapa siri kejayaan lagi. Dan kemudian dipecat sekali lagi.

Pada 2013, Mourinho kembali semula ke Chelsea. Dan membantu Chelsea menjulang EPL pada 2015. EPL ketiga Mourinho. Itu yang dia pernah ungkit masa sidang media ketika menjadi pengurus Man United dengan menunjukkan isyarat 3 jari.

Mourinho turut menunjukkan isyarat 3 jari di hadapan penyokong Chelsea, ketika ada segelintir penyokong mengejeknya di tepi padang. Mourinho kemudian menyatakan bahawa, dia adalah pengurus paling berjaya dalam sejarah Chelsea.

Mourinho menyertai Man United menggantikan Louis Van Gaal pada 2016. Berjaya membantu United menjulang Piala Liga dan juga UEL.

Malangnya, keindahan di United tidak kekal lama. Pada lewat 2018, Mourinho dipecat sekali lagi.

Mourinho datang lagi ke England untuk menyertai Spurs. Dan beliau dipecat sekali lagi. Kini Mourinho bersama dengan AS Roma.

Ole sebab itu, Mourinho sudah menjana £97,674,480 daripada kariernya di England sahaja sejak musim 2011/12.

Data kajian yang sama menunjukkan Mourinho berada di England selama 2,315 sebagai pengurus. Mendapat gaji purata £42,192 sehari. Mourinho juga menikmati 336 perlawanan, memenangi 209 daripadanya. Mendapar £266,870 per perlawanan.

Berapa kos Pampasan Diterima Mourinho dari bumi England?

Chelsea (2007) – £23.1 juta
Chelsea (2015) – £12.5 juta
Manchester United (2016) – £20 juta
Tottenham Hotspur (2020) – £34 juta

Jadi secara keseluruhan Mourinho mendapat £69.4 juta hanya kerana dipecat di England. Itu bersamaan dengan RM386.6 juta.

Ianya jauh meninggalkan Mouricio Pochettino yang berada di tangga kedua dalam senarai tersebut untuk pengurus yang menerima pampasan pemecatan di England.

Mourinho meninggalkan Pochettino £50 juta di hadapan.

Baca yang lain