Kajian Menunjukkan Bermain FIFA 21 Baik Untuk Kesihatan Dan Mengurangkan Anxiety

Sesiapa yang bermain FIFA mungkin akan akan terkejut, kerana sudah berapa banyak controller hancur setiap tahun akibat bolos saat akhir.

Dan perasaan bengang mendengar lawan korang menjerit meraikan kemenangan dengan nada menganjing, sama ada lawan duduk sebelah ataupun lawan di dalam online yang didengar menerusi fon kepala.

Namun siapa sangka sebenarnya, ada kajian menyatakan bermain FIFA sebenarnya sangat baik untuk kesihatan. Memandangkan FIFA dituduh sebagai permainan yang boleh memberikan kegelisahan.

Para penyelidik memeriksa perubahan kadar denyutan jantung, tekanan darah dan tahap kegelisahan sebelum, semasa dan sesudah permainan FIFA.

Dan hasil dapatan kajian mendapati bahawa para peserta pada umumnya melaporkan penurunan kegelisahan / anxiety setelah wisel sepenuh masa.

Seperti yang dijangka, kadar tekanan darah pastinya meningkat, terutama sekali setelah gol lawan, sementara detak jantung dilaporkan meningkat untuk semua pemain yang mengambil bahagian dalam kajian ini.

Namun, apa yang mungkin paling luar biasa dalam penemuan ini adalah bahawa degupan jantung meningkat ketika bolos atau dijaringkan sebenarnya merupakan ‘latihan kardio sederhana’ untuk organ terpenting dalam badan kita.

Jadi hasilnya sama dengan korang keluar berjalan jalan untuk bersenam ringan.

Mereka yang bermain 30 perlawanan FUT Champions pada hujung minggu tidak akan menghadapi masalah untuk bersenam – kalau menurut kajian ini.

Menurut laporan mereka lagi: “Semua pemain menunjukkan peningkatan degupan jantung semasa bermain permainan.”

“Respon degupan jantung lebih tinggi dicatatkan ketika pemain bermain melawan pemain yang tidak dikenali, selain daripada mencapai tahap latihan kardio sederhana ketika gol dijaringkan.”

“Bermain melawan pemain yang tidak dikenali, sebenarnya denganjelas menimbulkan tahap ‘passion’ yang lebih tinggi, dan gol yang dijaringkan terhadap peserta dalam permainan tersebut memberi kesan yang ketara pada degupan jantung.”

“Laju denyut jantung dalam keadaan ini mendekati 140 denyut per minit, menunjukkan lonjakan ketara dalam aktiviti emosi ketika gol dicetak.”

“Lonjakan semacam ini dapat dibandingkan dengan apa yang akan dilihat oleh individu dalam lingkungan umur peserta kita ketika melakukan senaman kardio sederhana seperti berjalan pantas (sekitar 135 BPM).”

“Walaupun tekanan darah dan denyutan jantung menunjukkan kedua-duanya menunjukkan peningkatan aktiviti emosi dan kemarahan ketika bermain permainan ini, peserta didapati menujukkan penurunan rasa gelisah / anxiety – sebelum dan selepas permainan.”

“Ini menunjukkan bahawa meskipun ada kesamaan dengan mengalami” FIFA Rage ‘, bermain permainan dapat mengurangkan persepsi pemain terhadap tuduhan permaian ini memberikan tekanan dan kegelisahan.”

Jadi, teruskan bermain FIFA 21 gais!

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan