Kajian Menunjukkan BTS Army Membelanjakan RM5,870 Setahun Demi Idols Mereka

Peminat K-pop adalah peminat yang paling fanatik apabila kita membincangkan tentang peminat muzik.

Mereka memiliki idols kegemaran mereka sendiri. Sebab itu sangat cepat trending apa sahaja berkaitan K-pop.

Satu kajian dijalankan tentang berapa banyak wang dihabiskan seorang peminat K-pop ke atas idol mereka. Kajian tersebut melibatkan 3 peminat tegar kumpulan BTS, BLACKPINK, dan TWICE.

Dan kajian dilakukan di Asia Tenggara serta Hong Kong.

Para peminat biasanya sanggup berhabis duit untuk membeli cendera mata, album, EP dan juga tiket konsert.

Kajian oleh iPrice mengisytiharkan peminat BTS, yang digelar Army adalah yang paling tinggi berbelanja.

Di mana mereka sanggup menghabiskan sekitar RM5,870 setahun untuk kumpulan yang mereka sayangi itu.

Rata rata mereka membeli kesemua 15 album BTS, dan membeli banyak sekali cendera mata, termasuk yang esklusif.

Bagi peminat fanatik BTS, mereka juga secara purata pergi ke 5 konsert BTS.

Twice sudah jauh di belakang BTS pada hari ini. Peminat mereka sanggup membelanjakan sehingga RM3,360 setahun untuk kumpulan tersebut.

Twice ada 14 album keseluruhan. Dan peminat mereka – Once – secara kasarnya pernah menghadiri 4 konsert Twice.

Blackpink menjadi satu ledakan yang kuat dalam arena K-pop walaupun ternyaata masih di belakang BTS. Blackpink pada hari ini digelar kumpulan wanita nombor satu di dunia.

Dan para Blink (fandom Blackpink) sanggup menghabiskan RM2,710 untuk idola mereka itu. Ianya jauh lebih rendah berbanding dengan dua kumpulan teratas tadi. Namun Blackpink terus mendaki tangga.

iPrice juga menegaskan jumlah yang dibelanjakan Army tegar dalam setahun sebenarnya membolehkan mereka memiliki seunit iPhone 12 Pro Max.

Bagi peminat iPhone sudah pastinya mereka merasakan Army seharusnya meluangkan wang itu ke iPhone 12 Pro Max. Tetapi sebenarnya ia adalah pilihan masing masing.

Baca yang lain