Kaka: ‘Orang Luar Lebih Respect Ronaldo R9, Di Brazil Dia Cuma Lelaki Gemuk’

Kaka terharu melihat layanan orang di luar negara ke atas Ronaldo Fenomeno.

Menurutnya, di negaranya sendiri, di Brazil, rakyat mereka tidak begitu menghormati dan tidak menyayangi Ronaldo seperti pemian di luar negara.

Kaka malah mengibaratkan, ketika berjalan di Brazil, dia hanya dipandang remeh sebagai lelaki gemuk yang sedang berjalan jalan.

Keadaan fizikal Ronaldo yang kini sudah bambam membuatkan rakyat Brazil agak kurang menghormati legenda mereka itu.

Namun situasinya berbeza. Setiap kali Ronaldo berada di luar negara, dia lebih dihargai dan dihormati.

Ronaldo dianggap no.9 terbaik dalam sejarah bola sepak dunia. Memiliki kuasa dan tenaga luar biasa dan skil yang tak boleh bawa bincang.

Dia menjulang 2 Piala Dunia bersama Brazil. Pada 1994 dan 2002. Paling ikonik pastinya 2002, kerana dia menjadikan Piala Dunia 2002 sebagai Piala Dunia Ronaldo yang sebenar selepas 1998 yang suram.

Ronaldo pernah beraksi untuk beberapa kelab ternama Eropah termasuk Inter Milan, Barcelona dan Real Madrid.

Ronaldo telah menjadi inspiras kepada ramai pemain generasi baharu terutama sekali pemain pemain Brazil dari generasi berbeza.

Kaka menyatakan bahawa peminat dari luar negara jauh lebih menghormati Ronaldo berbanding di negaranya sendiri yang kerap memperlekehkan legenda itu.

Kaka berkata: “Kedengaran pelik untuk menyatakan perkara ini. Namun ramai orang di Brazil tidak menyokong pasukan Brazil. Ini berlaku kadangkala.”

“Jika kamu melihat Ronaldo berjalan di sini [di Qatar], kamu akan kata WOW! Dia ada sesuatu yang berbeza di sini.”

“Di Brazil, orang di sana hanya melihat dia sebagai lelaki gemuk yang berjalan di sekitar jalanan. Sudah tentu ramai orang Brazil masih sukakan Ronaldo. Saya suka Ronaldo.”

“Cuma cara layanan, cara dia mendapat penghormatan di Brazil dengan di luar negara adalah berbeza. Saya melihat, di luar negara dia lebih dihormati daripada di negara sendiri.”

Ronaldo kini berada di Qatar bersama beberapa legenda Brazil yang lain memberikan sokongan kepada Selecao dalam misi untuk memenangi Piala Dunia keenam dalam sejarah negara mereka.

Baca yang lain