Kakak Ronaldo Kutuk Rakyat Portugis Yang Bodoh, Tak Kenang Budi Pemain Terbaik Dunia

Kátia Aveiro, kakak kepada Cristiano Ronaldo dikenali dengan ketegasannya dalam mempertahankan adiknya.

Dan dia sekali lagi menggunakan media sosial untuk mengecam peminat Portigal berikutan kegagalan Portugal untuk mara ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah dalam rehat antarabangsa terbaru.

Pasukan diketuai Ronaldo hanya memerlukan 1 mata untuk memastikan mereka mengungguli kumpulan mereka, tetapi tewas 1-0 lewat perlawanan kepada Sepanyol untuk melihat pasukan Luis Enrique mara ke pusingan akhir musim panas depan dan bukannya Portugal.

Ronaldo gagal menyempurnakan beberapa peluang terbaiknya. Dan kini semakin ramai peminat Portugal mengkritik pemain legenda sepanjang zaman negara mereka itu.

Akbhar A Bola turut mengecam Fernando Santos yang berterusan menurunkan Ronaldo di kesebelasan utama walaupun pemain itu kehilangan tempat di kesebelasan utama Manchester United.

Ronaldo masih bergelut dengan kecergasan dan prestasinya.

A Bola meminta Santos untuk ‘Mengurangkan Ronaldo dan Melebihkan Portugal.”

Kini, kakaknya telah tampil membelanya, menggunakan Instagram selepas perlawanan untuk menyelar mereka yang telah melupakan apa yang telah diberikan oleh penjaring gol antarabangsa sepanjang zaman itu kepada negaranya.

Katia menuduh peminat Portugal sebagai bodoh dan tidak mengenang budi serta mudah lupa.

“Dia mempunyai keluarga dan mereka yang menyayanginya di sisinya. Mereka ini akan sentiasa berada di sisinya, tidak kira apa pun”, tulis kakak Ronaldo.

“Tetapi zaman sekarang tidak mengejutkan saya langsung. Orang Portugis meludah ke pinggan yang mereka makan, selalu begitu.”

“Itulah sebabnya apabila seseorang muncul dari abu dan berubah mentaliti, ia mengganggu mereka… Bersamamu sentiasa, rajaku.”

Dia menyambung:

“Adalah perlu untuk memberi bantuan kepada mereka yang sentiasa memberikan segalanya mereka ada kepada Portugal. Tetapi orang Portugis ni sakit, kuat merengek, tidak ada jiwa, bodoh, tidak berterima kasih dan selama-lamanya tidak bersyukur. Lelaki yang duduk ini, dia sedang berlutut…”

“Dan tiada sesiapa yang datang untuk menghulurkannya tangan. Ianya adalah kejam. Dan ini sudah terlalu banyak untuknya, tetapi begitu banyak juga yang dia berikan dan korbankan untuk negaranya.”

“Yang itu adalah Cristiano Ronaldo dan dia sememangnya pemain terbaik di dunia.”

Baca yang lain