David De Gea merupakan salah seorang penjaga gol terbaik di dalam generasi beliau. Dan seringkali diingati dengan gaya menyelamatkan bola yang tangkas dan tenang.
De Gea menjadi penjaga gol yang berada di peringkat tertinggi ketika usianya masih lagi muda.
Beliau berpindah ke Man United selepas aksi cemerlang bersama dengan Atletico Madrid. Di United De Gea menjadi pemain utama dalam pasukan Sir Alex Ferguson.
Sejak hari itu beliau terus menstabilkan namanya di United dan pasukan kebangsaan Sepanyol hinggalah kini. David De Gea menggantikan Iker Casillas untuk menjadi no.1 di Sepanyol sehingga ke hari ini.
Beliau sudah banyak kaps bersama Sepanyol dan banyak sekali penampilan bersama Man United.
Terlalu banyak jumlah perlawanan dan aksi De Gea menyelamatkan United di atas padang. Sehingakan Dave Save menjadi salah satu banner yang sentiasa berkibar.
De Gea menjadi penjaga gol dengan gaji tertinggi di dunia ketika ini. Menjadi sasaran kelab seperti Real Madrid dan PSG kerana kehebatannya.
Selain daripada memiliki refleks kucing, De Gea juga ada kelebihan lain yang unik. Teknik itu adalah menyelamatkan bola dengan kakinya.
Teknik Save Dengan Kaki De Gea
Dari segi ball playing, De Gea bukanlah keeper yang ada footwork yang baik untuk perkara seperti itu.
Namun apabila masuk ke isu defensif, iaitu aksi menyelamat, kakinya sangat baik. De Gea seakan akan terlalu semulajadi dengan gaya seperti itu.
Ada situasi kekadang De Gea lebih memilih menggunakan kakinya berbanding tangan. Betapa bagusnya De Gea dengan gaya seperti ini.
Ianya bukan sahaja berkaitan dengan reaksi ataupun ketangkasan tetapi pentingnya teknik yang betul. Seterusnya antisipasi ataupun keupayaan mengagak tindakan lawan dan situasi.
Kekuatan tambahan ini membuatkan mereka ada senjata tambahan nak berkawal di depan gawang ataupun dalam situasi satu lawan satu dengan pemain penyerang.
Ianya sukar dijelaskan. Sama dengan Arjen Robben melakukan Cut inside and shot. Benda ni sangat semulajadi.
Manuel Neuer antara penjaga gol yang sangat bagus dengan kakinya dan banyak melakukan save dengan kakinya.
De Gea melakukan latihan yang berterusan dengan kakinya. Ini kerana beliau memiliki fizikal yang agak kecil berbanding penjaga gol Eropah yang lain.
Dengan keupayaan kaki yang baik, beliau ada elemen tambahan dari segi jarak capaian save beliau.
Rumusan
Penjaga gol yang hebat akan sentiasa diingati dengan bakat dan juga skil unik mereka.
De Gea pastinya akan diingati dengan kelebihan luar biasa ini sampai bila bila oleh peminat yang pernah menyaksikan kehebatan beliau.
Beliau masih lagi berada dalam kelompok penjaga gol elit. Walaupun beberapa musim ini beliau agak terdedah dengan beberapa kesilapan.
Penyokong Manchester United akan sentiasa risau apabila David De Gea tiada di padang. Ini kerana bagi mereka David De Gea sentiasa penjaga / the guardian yang boleh dipercayai sepanjang masa.
Selalu korang dengar orang akan cakap termasuk fans Man United sendiri: Kalau tak ada De Gea mampus lah.