Kalah 4-2 Di Tangan Osasuna, Pedri Enggan Salahkan Pengadil Atau Penggiliran Pemain

Bintang Barcelona Pedri tidak berminat untuk berdalih selepas tewas 4-2 La Liga di Osasuna. Dia tidak mahu menyalahkan pengadil atau penggiliran pemain sebagai alasan.

La Blaugrana menyaksikan permulaan luar biasa mereka pada musim domestik yang ditewaskan secara mengejut oleh Osasuna. Bermakna rekod kemenangan tujuh perlawanan berturut turut mereka berakhir di El Sadar.

Keputusan Hansi Flick untuk merehatkan dan menggilirkan beberapa pemain meraih kritikan ramai pihak. Dia juga tidak melakukan sebarang pertukaran selepas masa pertama, walaupun ketinggalan 2-0.

Kebangkitan separuh masa kedua gagal mengembalikan Barcelona ke dalam permainan kerana beberapa peminat mengkritik pengadil kerana dianggap antara sebab kekalahan Barca dalam perlawanan ini.

Pedri ditanya tentang keputusan Flick untuk merehatkan pemain, dan beberapa keputusan pengadil yang dianggap memihak lawan. Tetapi pemain antarabangsa Sepanyol itu menolak untuk menjadikannya sebagai alasan.

“Penggiliran memang biasa akan berlaku, ini kerana ada banyak perlawanan. Tetapi, ia bukan alasan. Kami harus pergi ke sana untuk bermain dengan semua 11 pemain fokus. Keputusan pada separuh masa menghukum kami”,  kata Pedri seperti yang dipetik dari Diario AS.

“Terdapat kekasaran yang jelas terhadap Pau Víctor dalam membina gol kedua mereka. Terdapat insiden penalti ke atas Lamine Yamal yang jelas. Menentang Rayo, mereka merampas satu gol daripada kami, tetapi sekali lagi ia bukan alasan.”

Hansi Flick bertanggungjawab sepenuhnya di atas kekalahan kali ini.

Barcelona selepas ini akan berdepan dengan Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA pada 1 Oktober.