Kalah Di Gelanggang Sendiri Di Tangan Nice, Peminat PSG Kini Mulai Tembak Dembele

Jika sebelum ini, nama Neymar dan Messi kerap menjadi sasaran atau kambing hitam bak kata Sancho, setiap kali PSG kalah.

Manakala Mbappe kerapkali dibanding bandingkan dengan 2 pemain itu, dan dipuja.

Kini peminat PSG menerima sindiran daripada peminat Neymar dan Messi selepas kekalahan di dalam aksi Ligue 1 di gelanggang sendiri menentang Nice.

Dan ternyata mereka kali ini ramai mengecam Dembele dan taktikal Luis Enrique.

Nice mendahului menerusi Terem Moffi pada minit ke-2. Namun disamakan oleh Mbappe 3 minit kemudian.

Pada separuh masa kedua, Gaetan Laborde meletakkan pelawat kembali di hadapan pada minit ke-53.

Selang 15 minit kemudian, Moffi sekali lagi mencetak gol untuk Nice menjadikan kedudukan 1-3.

Mbappe merapatkan jurang menerusi gol minit ke-87. Namun skuad Luis Enrique menelan kekalahan pertama mereka musim ini.

Selepas tamat perlawanan peminat PSG meroyan di media sosial. Malah ada mulai menyampah dengan PSG.

Peminat Messi dan Neymar membanjiri komen mereka.

Peminat PSG kasihan dengan Mbappe kerana dia terpaksa memikul pasukan ini seorang diri di bahunya.

Malah ada peminat PSG yang menyatakan bahawa Mbappe sudah tentunya sedar bahawa keputusan dia mahu ke Real Madrid adalah tepat.

Seterusnya peminat turut menunjukkan bagaimana pemain yang paling dikehendaki Mbappe iaitu Ousmane Dembele melakukan percubaan maha teruk ini.

Dembele terpaksa dikeluarkan lebih awal. Dan dia terus mencatatkan 0 sumbangan kepada gol dalam 6 perlawanan pertamanya bersama PSG setakat ini.

Peminat PSG menganggap Dembele sangat lembik dan kurang kreatif ketika bergandingan dengan Mbappe.