Kalah Di Tangan Lazio, Muller Kecam Rakan Sepasukan: “Coach Dah Sediakan Taktikal Baik Dah”

Thomas Muller sekali lagi mengkritik rakan sepasukannya yang bermain di posisi pertahanan selepas kekalahan di tangan Lazio pada aksi pertama pusingan 16 akhir UCL.

Bayern yang dicanang sebagai pasukan pilihan kalah 0-1 di tangan Lazio. Kekalahan itu berlaku hanya beberapa hari selepas mereka dibelasah Bayer Leverkusen 3-0 dalam aksi Bundesliga.

Muller sebelum ini mahu pemain pemain Bayern bertanggungjawab selepas kalah di tangan Leverkusen.

“Dah tiba masanya kita lebih fokus kepada mengkritik pemain berbanding jurulatih. Pemain pemain kami cukup berani di padang latihan, namun di atas padang perlawanan sebenar kami kecut,” tegas Muller.

Dan beliau turut mengecam pemain pemain Bayern selepas kekalahan di tangan Lazio.

Dia berkata: “Pengurus sudah ada perancangan taktikal yang bagus untuk perlawanan ini.

“Ini terpulang kepada pemain, terserah kepada kami untuk menjaringkan gol apabila kami sudah mencipta peluang gol.

Muller tidak dapat menahan dirinya daripada mengecam mutu barisan pertahanan Bayern yang membuat kesilapan teruk pada separuh masa kedua.

Menurutnya, Lazio mendapat penalti setelah Ciro Immobile berjaya mengayam ayamkan 3 atau 4 pertahanan Bayern, sebelum bola melantun kepada Isakson yang tidak dikawal.

Kemudian pemain itu dikasari dan pengadil memberikan penalti.

Muller menambah: “Separuh masa kedua kami menyerahkan perlawanan ini kepada lawan kami. Kesilapan sangat teruk, dalam kotak penalti.

“Dalam kotak penalti, Ciro menarik 3 atau 4 pemain untuk mencabarnya [namun pemain Bayern tetap gagal mengekangnya].

Muller tetap optimis dengan peluang Bayern untuk mara ke suku akhir.

“Mereka [Lazio] masih perlu untuk berkunjung ke Munich selepas ini. 1-0 di belakang dengan kekurangan seorang pemain, I’m fine, I’m Okay, gwenchana, gwenchana.”

Saksikan highlight perlawanan di sini kalau anda berkelapangan: