Kalah Di Tangan Palace, Laungan Ten Hag Out Trending Di Twitter

Nampanya #TenHagOut sudah mulai trending di Twitter selepas kelab itu menelan satu lagi kekalahan musim ini dalam EPL. Kali ini kalah di tangan Crystal Palace yang mereka kalahkan 3-1 pada aksi Piala Carabao minggu lalu.

Skuad Erik Ten Hag sekali lagi gagal menunjukkan taring mereka di hadapan gol. Dengan Palace hanya memerlukan satu gol tunggal daripada Joachim Andersen pada separuh masa pertama untuk menang.

Kini sudah ada peminat Man United yang mulai melaungkan Ten Hag Out. Mereka menganggap pengurus itu sebagai tidak cukup bagus dan suka cari masalah sendiri.

Ianya merujuk kepada Ten Hag yang sebelum ini membuang penjaring terbanyak pasukan mereka pada musim 2021/22, Cristiano Ronaldo. Dan kini dia tak sehaluan pula dengan Jason Sancho.

Bukan itu sahaja,  Ten Hag turut mulai menerima kecaman kerana tidak melanjutkan kontrak De Gea yang menjadi penjaga gol legenda kelab.

Ada juga peminat menganggap Ten Hag pilih kasih. Di mana dia membenarkan Antony kembali ke dalam pasukan walaupun dalam siasatan polis namun tidak mahu menerima Mason Greenwood yang sebelum ini dalam siasatan.

Peminat mulai menganggap Ten Hag tidak menghargai legenda kelab yang boleh menjadi pemimpin penting dalam pasukan.

Seorang lagi peminat menyindir Ten Hag yang sebelum ini mahu menamatkan era Guardiola dan Klopp, tetapi dia tak ada taktikal yang bagus. Mahukan kelab segera melantik Zidane.