Kalah, Tapi McGregor Dijamin Dapat USD5 Juta (RM21 Juta) , 5 Kali Ganda Daripada Poirier

Conor McGregor mungkin masih meratapi kekalahannya dengan rasa marah. Namun dia tetap tersenyum dengan cek wang besar masuk sekali lagi ke akaunnya.

McGregor menjadi petarung yang membuat duit besar daripada kesemuan 4 kekalahannya yang dianggap berprofil tinggi.

Pertamanya dengan Mayweather di gelanggang tinju, kemudian dengan Khabib Nurmagomedov. Seterusnya dalam dua pertarungan lagi dengan Dustin Poirier.

Sports Daily melaoorkan bahawa Conor McGregor mendpapat $5,011,000 daripada kekalahan ini. $5 juta daripada penampilannya ataupun hanya dengan tunjuk muka sahaja — dalam aksi tersebut dan $11k lagi daripada wang bonus pertarungan.

Poirier, yang memenangi acara itu akan menerima $1,021,000 — $1 juta sebab hadir pertarungan dan  $21k bonus kemenangan.

Dalam pertarungan UFC 257 pada sebelum ini, awal tahun 2021, McGregor juga mendapat $5 juta dan Poirier mendapat $1 juta.

Angka ini belum termasuk angka bayaran PPV.

Maka tak hairanlah pada Mei, Forbes mengiktiraf McGregor sebagai atlet paling masyuk dalam 12 bulan terakhir dan menjangkakan petarung itu mendapat keseluruhan $20 juta daripada UFC 257 hasil PPV dan juga tajaan.

Kenapa pertarungan ini begitu besar?

Sama seperti tinju, semakin tinggi rantaian penaja dan peminat, semakin banyak wang yang anda perolehi setiap pertarungan, walaupun anda kalah.

Petarung UFC yang lebih popular menghasilkan lebih banyak wang bergantung pada pendapatan dan penonton yang mereka hasilkan. McGregor boleh dikatakan antara atlet lubuk emas UFC.

Lima PPV yang paling banyak dilihat oleh UFC semuanya menampilkan McGregor dalam acara utama. Itulah sebabnya, dalam pertarungan kedua McGregor dengan Poirier, McGregor menghasilkan lebih banyak wang daripada lawannya, walaupun kalah.

Begitu juga, dalam meningkatkan profilnya, Poirier meningkatkan potensi pendapatannya dengan mengalahkan McGregor dalam pertarungan berprofil tinggi.

Poirier selepas ini akan berada di tangga lebih baik dari segi bayaran, kerana sudah tampil dalam acara besar. Dan dari segi nilai kesukanan, dia sudah menang secara mutlak permusuhannya dengan McGregor. Memenangi 2 trilogi daripada 3.

Meskipun McGregor mahukan satu lagi pertarungan. Sebagai seorang jantan sejati, McGregor seharusnya akur bahawa jarang sekali petarungan seperti ini lebih daripada trilogi.

UFC berdepan kritikan

Walaupun populariti UFC terus meningkat, para atlet tidak membawa pulang peratusan yang lebih besar dari jumlah pendapatan pertarungan. Bekas atlet UFC Cung Le, serta bekas atlet UFC yang lain, telah menuntut UFC, dengan menuduhnya sebagai monopoli.

Oleh itu kalau atlet tak ternama, mereka tidak akan mendapat bonus kemenangan mereka dengan selayaknya.

Menurut beberapa laporan dan tuntutan mahkamah yang berterusan, didapati bahawa atlet biasanya hanya menerima 20% dari pendapatan kasar yang dibawa oleh UFC.

Jumlah ini rendah berbanding sukan profesional yang lain. Liga utama seperti NFL, NBA, MLB dan NHL dilaporkan membayar atlet hampir 50% daripada pendapatan kasar.

McGregor adalah pengecualian khas dan memperoleh lebih banyak keuntungan daripada atlet UFC yang lain.

Oleh sebab itu, walaupun UFC sangat popular, namun bayaran tertinggi atlet masih dimiliki tinju untuk sukan tempur seperti ini.

Agak ironi kerana bayaran tertinggi diterima McGregor adalah dari gelanggang tinju ketika kalah dengan Mayweather. Walaupun peratusan bayaran beliau jauh lebih rendah daripada Mayweather pada ketika itu.

McGregor dijamin mendapat $30 juta sebelum pertarungan dan keseluruhannya dilaporkan mencecah $85 juta seperti yang dilaporkan Forbes. Mayweather pula memperoleh keseluruhan $ 275 juta.

Dari mana wang itu datang?

Wang yang membiayai UFC berasal dari pelbagai sumber. Sebilangan besar atlet ini berkontrak dengan UFC. Setiap kali mereka bertarung, mereka dijamin akan mendapat jumlah yang ditentukan.

Walaupun secara kontrak, atlet dapat memperoleh wang dari pembelian bayar per tontonan / ppv, penjualan tiket, komersial, pendapatan “Acara PPV” lain, penjualan barang, pelesenan dan tajaan.

UFC juga mengadakan kontrak TV yang pernah mencecah nilai $ 1 billion.

Mengapa terdapat banyak pertempuran UFC di Las Vegas?

Bagi petarung  UFC dan MMA yang lain, Las Vegas dianggap sebagai “ibu kota pertempuran dunia.” Ini kerana nilai komersial di Vegas jauh lebih tinggi daripada tempat lain. Ia sudah menjadi kota utama untuk petarungan UFC.

Maka tak hairanlah UFC berpangkalan di Vegas.

Setiap kali acara UFC di vegas, tajaan akan menjadi lebih besar. Seterusnya, publisiti menjadi lebih kuat termasuk kehadiran bintang bintang Hollywood yang suka dengan kehidupan di Vegas. Mereka akan datang untuk menyerikan acara dan kemudian memberikan publisiti kepada umum.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan