Kalau Buku Lali Hazard Dibedah Lagi, Dia Boleh Ucap Selamat Tinggal Bola Sepak

Pakar perubatan Atletico Madrid menyatakan bahawa Eden Hazard tidak boleh lagi menjalani pembedahan buku lalinya selepas dua kali melakukannya sebelum ini.

Ini kerana, jika itu berlaku, Haazard kemungkinan besar tidak akan bermain bola sepak lagi. Risikonya tersangat tinggi, menurut Dr Jose Gonzalez.

Malah Dr Gonzales menyebut bahawa Eden Hazard tidak mungkin akan dapat lagi prestasi kemuncaknya sebelum ini. Apa yang boleh dilakukan pemain itu hanyalah mendapatkan yang terbaik daripada keadaan beliau sekarang.

Hazard sekali lagi mengalami kecederaan sehinggakan Zidane sendiri kehilangan kata kata untuk bercakap tentangnya.

Dr Gonzales juga berpandangan, perkara yang lebih penting sekarang adalah bantuan secara psikologi kepada pemain itu untuk terus bermotivasi.

“Hazard harus berlatih dengan pasukan utama sehingga 10 sesi. Mengikut pengalaman saya, sukar untuk dia kembali bermain untuk Real Madrid pada baki musim ini.”

“Sekiranya seorang pemain kembali setelah cedera dalam tempoh yang lama, tanpa berlatih sebaiknya, perkara yang paling normal adalah dia cedera lagi.”

“Dia ada mengalami kegelisahan [anxiety], dia ingin menunjukkan bahawa dia layak [dengan nilai harganya] dan ingin memberikan 100% dan dia belum lagi berpeluang  untuk tiba di sana untuk melakukannya.”

“Pembedahan ketiga di pergelangan kaki Eden Hazard sangat berisiko, ada kemungkinan pemain itu tidak akan bermain bola sepak lagi.”

Pemain Belgium itu bergabung dengan Real Madrid dari Chelsea dengan harga sekitar £130 juta pada tahun 2019. Sejak itu, dia tidak menikmati permainan yang banyak kerana kecederaan yang berterusan.

Pastinya ramai peminat bola sepak berkongsi kesedihan dengan Hazard. Pemain berbakat yang dimamah kecederaan dalam beberapa musim ini.

Baca yang lain