Bekas pemain tengah Chelsea, John Obi Mikel percaya bahawa, jika Pochettino mengendalikan Chelsea pada era Abramovich, dia sudah ditendang keluar kerana prestasi semasa.
Pochettino dan Chelsea keciciran mata sekali lagi dalam aksi EPL. Dan menyukarkan mereka mahu layak ke kejohanan Eropah kelas ketiga sekalipun iaitu UECL.
Obi Mikel menegaskan bahawa, Abramovich tidak akan berkompromi seperti mana Todd Boehly di atas prestasi semasa Chelsea.
Abramovich baru sahaja meninggalkan Stamford Bridge kira kira lebih 18 bulan yang lalu kerana terpaksa. Pada era Abramovich, Chelsea adalah kelab yang sarat dengan kejayaan dan piala.
Todd Boehly sudah mengupah 3 pengurus pada eranya. Namun masih tidak menunjukkan tanda tanda bahawa kelab itu semakin stabil. Malah masih sukar untuk menyamai prestasi era Abramovich.
Todd Boehly sudah berbelanja lebih £1 billion dalam 3 jendela perpindahan. Namun hasilnya masih kurang memuaskan ketika ini.
Pochettino dilantik oleh Chelsea pada musim panas ini. Dia menunjukkan prestasi cemerlang dari sudut pengurusan taktikal ketika bersama Spurs. Dan turut berjaya memenangi beberapa trofi di PSG.
Ramai merasakan bahawa Chelsea kelab terbaik untuknya berjaya di bumi England. Kerana di Spurs sebelum ini dia seringkali gagal mendapatkan sokongan lebih baik daripada Daniel Levy.
Tetapi sejak tiba di Chelsea dia masih bergelut untuk memenangi hati peminat Chelsea.
Chelsea kalah pada final Piala Carabao di tangan Liverpool yang menurunkan skuad kedua dan pemain pembangunan mereka kerana kecederaan dialami ramai pemain utama.
Di dalam aksi liga mereka masih di kelompok 10 bawah liga, menduduki tangga ke-11. Mereka sudah hampir pasti tidak akan beraksi di UCL sekali lagi musim hadapan.
Bercakap kepada Evening Standard, Obi Mikel berkata: “Ada beberapa kritikan agak melampau. Namun kami dulu melalui pengalaman yang sama di Chelsea jika tidak memenangi perlawanan, kami akan dikritik dan melihat pengurus kami kehilangan jawatannya.
“Ini adalah Chelsea. Kamu harus menang. Kamu harus menang perlawanan dan menang trofi. Ya, kita berikan mereka masa, namun mereka memiliki masa untuk mulai menyerasikan diri, menonjol bersama sama, dan bermain lebih baik.
🗣️ "We know if it was during Roman, Poch would have been out of the door… if we don't start well next season I think he's going to get sacked."
Mikel John Obi on Mauricio Pochettino's future and Chelsea's need for leaders.
🎙️ @websummitqatar pic.twitter.com/WlkKlvvAVc
— Ben Jacobs (@JacobsBen) March 1, 2024
“Saya di belakang pemain dan jurulatih. Mereka harus diberikan masa. Tetapi berapa lama?
“Ini Chelsea FC, jika ini berlaku era Abramovich, dia [Poch] dah hilang kerja dah tu.”
Obi Mikel masih berharap Todd Boehly memberikan Pochettino masa, sekurang kurangnya melihat di mana mereka menamatkan musim ini.
Dia berharap Chelsea akan mulai memenangi perlawanan dan kemudian menyerahkan kepada Todd Boehly menilai prestasi Pochettino pada akhir musim ini.