Kalau Rasmi, Pemilik Newcastle Lebih 10 Kali Lagi Kaya Daripada City

Newcastle kini dalam proses akhir memeterai perjanjian pemilikan baru kelab. Dilaporkan Putera Arab Saudi, Putera Salman mengetuai konsortium PIF dari Arab Saudi untuk menjadi pemilik Newcastle.

Sebelum ini, beberapa bulan lalu usaha oleh PIC menemui hasil buntu selepas campur tangan BeIN selalu penyiar rasmi EPL di Timur Tengah.

BeIN mahu EPL menolak pemilikan Arab Saudi kerana masalah diplomatik antara Arab Saudi dan Qatar.

Akibat perbalahan itu, Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Dan BeIN DIHARAMKAN di bumi Arab Saudi.

Malangnya, Arab Saudi tetap menyiarkan EPL yang dimiliki secara ekslusif oleh BeIN.

Namun perbalahan itu dikatakan sudah berakhir dan pemilihan Arab Saudi di Newcastle bakal berlaku.

Tahukah anda bahawa Putera Salman bakal menjadi pemilik pasukan bola sepak terkaya di dunia. Dengan kekayaaan berlipat kali ganda lebih banyak daripada pemilik Man City dan PSG.

Berikut senarai pemilik paling kaya di dunia jika perjanjian itu rasmi dimeterai.

1. Newcastle – Saudi Arabia Public Investment Fund – £320bn

Selepas 14 tahun di bawah era Mike Ashley, Newcastle sedia berubah angin dengan pemilikan Arab.

PIC merupakan dana berdaulat kerjaan Arab Saudi yang melabur di banyak sektor di luar negara.

Putera Mohammed bin Salman, akan menjadi pemilik terkaya dengan harta bernilai £320 billion.

2. Man City – Sheikh Mansour – £23.3bn

Sheikh Mansour membeli Man City pada 2008 dan mengybah kelab itu daripada kelab pertengahan dan bawahan liga kepada mereka yang ada sekarang.

Selain daripada Man City, Sheikh Mansour turut memiliki kelab seperti New York City FC, Melbourne City FC dan Yokohama F. Marinos, menerusi City Group.

Sudah sekian lama Sheikh Mansour menjadi terkaya di arena bola sepak.

3. RB Salzburg, RB Leipzig – Dietrich Mateschitz – £15.7bn

Seperti Sheikh Mansour, pemilikan Dietrich Mateschitz di Leipzig sangat kontroversi. Dan menjadikan kelab itu dibenci di Jerman.

Dia pemilik Red Bull dan melanggar pemilikan 50+1 dengan memanipulasi peraturan itu. Selain itu dia juga menggunakan RassenBall Leipzig dikatakan sebagai sengaja mahu nama kelab ada unsur unsur RB merujuk kepada Red Bulls.

Sedankan peraturan di Jerman melarang sama sekali ada unsur-unsur jenama penaja pada nama pasukan.

4. Juventus – Andrea Agnelli – £15.7bn

Dianggap sebagai keluarga paling berpengaruh di Turin. Keluarga Agnelli ada anak bernama Andrea Agnelli yang menjadi pemilik Juventus.

Keluarga Agnelli merupakan usahawan Fiat yang ditubuhkan pada 1899 lagi.

Di bawah era Agnelli, Juventus menjadi pasukan yang sangat dominan di Itali.

5. Chelsea – Roman Abramovich – £9.6bn

Hartawan Rusia ini tak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak seluruh dunia.

Beliau adalah pemilik yang mengubah wajah Chelsea daripada sebuah pasukan yang berada di pertengahan hingga menjadi pasukan juara beberapa EPL dan dua kali menjadi juara Eropah.

Roman Abramovich dianggap sebagai pemilik yang sangat cintakan bola sepak dan telah melabur banyak dalam Chelsea. Beliau antara pemilik yang mencetuskan revolusi di England. Menyaingi kuasa besar seperti Real Madrid di jendela perpindahan.

Sebelum ini kelab kelab Inggeris seringkali dibuli Real Madrid dan kelab seperti Barcelona dalam perpindahan pemain.

Itu adalah lima senarai teratas. Dan ini pula 5 lagi senarai dalam melengkapkan 10 senarai pemilik terkaya.

6.LA Galaxy – Philip Anschutz – £8.1bn

7. Arsenal – Stan Kroenke – £6.8bn

8. PSG – Nasser Al-Khelaifi – £6.5bn

9. Inter Milan – Zhang Jindong – £6.2bn

10. Wolves – Guo Guangchang – £5.2bn