Kalau Tak Salah, Salah Dan Robbo Tak Dapat Main Walaupun Tak Bersalah

Liverpool tersentak oleh pukulan kerana kecederaan berganda melibatkan Mohamed Salah dan Andy Robertson.

Kedua dua pemain dijangka terlepas peluang untuk bertemu dengan Crystal Palace.

Salah salah haribulan kedua duanya tak dapat beraksi. Ianya bukan kerana salah mereka ada mengutip kad amaran tetapi sebab mereka cedera.

Ini pastinya berita pedih untuk Mo Salah dan Robertson.

Bukan kecewa sebab tak dapat lawan Palace. Tetapi terlepas peluang nak bertemu dengan lebih dekat dengan pengurus legenda Liverpool, uncle Woy yang pernah membawa masuk Paul Konchesky ke Anfield.

Pastinya Robertson yang digelar Haqiem Rusli Scotland ini tak dapat menerima hakikat itu kerana tak dapat minta autograf uncle Woy.

Liverpool akan bertemu Crystal Palace pada Sabtu ini dalam usaha untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam liga. Liverpool juga mahu mengekalkan jarak 8 mata di atas liga.

Kedua-dua pemain telah terpaksa melupakan tugasan antarabangsa kerana masalah kecederaan di pergelangan kaki. Ianya berlaku ketika aksi EPL menentang Man City sebelum ni. Ala masa korang gembira dan bergaduh pasal VAR tu.

Liverpool menyatakan kedua dua pemain dan senarai berjaga jaga. Namun mungkin kelab tak akan mengambil sebarang risiko dengan menurunkan pemain yang Half fit.

Kehilangan 2 pemain ini pastinya bukan benda yang bagus untuk Liverpool. Ini kerana Mohamed Salah dan Andy Robertson memang pemain penting Liverpool.

Salah sebelum ini memang dah kena pakuk kat kaki oleh seorang lagi rakan se-Alleycat beliau iaitu Hamza Choudhury.

Salah kemudian tak dapat diturunkan berhadapan dengan Manchester United. Tetapi kembali dalam perlawanan menentang Man City. Dan tak cergas balik selepas itu.

Ianya gara gara Mo Salah kena bedal dengan Fernandinho.

Salah sudah menjaringkan 9 gol sepanjang musim ini. Dan hanya menjadi pemerhati ketika latihan antarabangsa dengan kaki berbalut.

Robertson pula injured selepas bertembung dengan Kun Aguero. Beliau juga tak dapat bermain untuk Scotland tempoh hari.

Ketiadaan Mo Salah pastinya akan membuka peluang kepada pemain seperti Lord Iggy Ataupun Oxlad mengisi tempat beliau.

Jangan kau tanya mana Shaqiri dan terus cakap Klopp tak suka betul dengan Abey Shaq. Dah penat aku nak menjawab ni. Kau klik dulu iklan nanti aku jawab.

Dah klik?

Ok Shaqiri injured dan dia baru kembali ke dalam latihan.

Tempat Robertson dijangka akan diisi oleh abang Milner yang terkenal dengan gelaran kaki botol Ribena.

Malah beliau sendiri dah sedia untuk menghadapi ofsaid glove oleh VAR.

Sangat teliti orang lama kita ni. Jangan pulak kau suruh Shaqiri masuk left back pulak.

Kini tugasan di tengah pastinya menarik. Abang Gini cemerlang dalam tugasan antarabangsa. Siap rembat hatrik engkau.

Jadi, kepada Salah dan Robbo, jangan sedih tak dapat jumpa uncle Roy. Bukaklah YouTube buat lepaskan rindu.

Baca yang lain