Kalidou Koulibaly: Kisah Kapten Juara AFCON Senegal Yang Menolak Panggilan Perancis

Sudah terbukti, banyak negara Eropah; Sepanyi (terutamanya), Perancis dan England akan menangguhkan pemilihan pemain asal Afrika untuk pasukan kebangsaan mereka. Mereka menyimpan pemain ini seketika. Dam apabila beberapa pemain yang bagus memutuskan mereka mungkin mahu bermain untuk negara Afrika mereka, negara – negara Eropah akan datang segera memanggil mereka.

Mereka memberikan pemain ini permainan tertentu, untuk mereka dikunci selama-lamanya & tidak boleh bertukar lagi. Contoh ini ialah Adama Traore.

Mujur sekarang ini FIFA mengubah peraturan di mana pemain yang hanya 3 perlawanan kompetitif dan ke bawah masih boleh menukar kewwarganegaraan mereka.

Contoh terbaik sebelum ini, Adama Traore yang memutuskan untuk bermain untuk Mali, kemudian Sepanyol memanggilnya untuk perlawanan seterusnya. Tiba tiba sahaja bukan? Sedangkan pemain itu selama ini sudah lama beraksi dalam liga utama Eropah dan menunggu panggilan. Tetapi langsung tak diendahkan mereka.

Adama Traore telah menukar kewarganegaraan untuk mewakili Mali di peringkat Antarabangsa.

Seterusnya ialah Wilfried Zaha. Selama bertahun-tahun, dia telah dinafikan panggilan England. Apabila khabar angin tersebar dia akan memilih Ivory Coast, England mengadakan pertemuan dengannya untuk menghalangnya & cuba menghubunginya. Sekali lagi, anda lihat apa yang negara-negara Eropah ini lakukan?

Mereka kemudian memberikan debut kepada Zaha. Namun selepas itu Zaha menyatakan dia mahu bermain untuk Ivory Coast.

Bermain untuk negara bukan seperti sebuah kelab. Anda bermain untuk kelab yang sama ada mempunyai peluang terbaik untuk memenangi trofi atau membayar anda lebih tinggi.

Tetapi untuk sebuah negara. Ini adalah berkaitan semangat kebangsaan, bukan wang. Anda berada di sana untuk memberi inspirasi kepada generasi akan datang, membanggakan asal usul & keluarga anda.

Aubameyang dan Gabon

Tanyalah Aubameyang. Yang boleh mewakili Perancis, Sepanyol mahupun Itali. Namun dia memutuskan untuk mewakili Gabon kerana semangat membanggakan asal usul keluarganya. Ayahnya merupakan bekas ketua kebangsaan Gabon.

Aubameyang menyatakan beliau tidak menyesali keputusan itu. Ini kerana beliau menyatakan bahawa keputusan itu dibuat dengan sebaiknya kerana dia ingin mengikuti jejak ayahnya, Pierre-Francois Aubameyang.

“Saya sangat muda ketika memilih negara yang ingin saya pertahankan. Biasanya, pemain lain sangat berhati-hati dalam memilih keputusan itu.”

“Saya boleh sahaja memilih untuk bermain untuk Perancis atau Sepanyol. Malah saya bermain untuk pasukan B-21 Perancis.”

“Namun, pilihan saya jelas dan saya ikut kata hati saya. Saya mahu mengikut jejak ayah saya. Dia adalah kapten Gabon pada masa lalu, “kata Aubameyang.

Aubameyang sentiasa berusaha untuk membantu negaranya mara ke kejohanan major. Namun bola sepak itu permainan 11 orang di atas padang.

Kisah Koulibaly dan Senegal

Contoh terbaik yang seterusnya adalah Kalidou Koulibaly yang ibu bapanya berasal dari Senegal. Namun dia dilahirkan di Perancis selepas keluarganya berhijrah ke sana. Dia bermain untuk Perancis B-20 sehinggalah 2011.

Sama seperti pemain lain, dia mengakui berharap akan dapat panggilan Perancis. Namun dia tak pernah mendapat panggilan daripada Les Bleus.

Pada 2015, Koulibaly berakat: “Saya menunggu sangat lama panggilan Les Bleus. Saya tahu ada kemungkinan untuk mendapatkannya sebaik sahaja saya tiba di Napoli.”

“Namun selepas itu saya memutuskan untuk mewakili Senegal. Dan saya tak pernah menyesali keputusan itu.”

Koulibaly menganggap ianya satu kebanggaan dapat mewakili negara Afrika seperti Senegal yang menjadi asal usul keluarganya. Dia kemudian memberitahu ibu bapanya tentang keputusannya itu.

“Saya memilih untuk mewakili Senegal. Apabila saya melihat sinaran pada mata ibu bapa saya apabila saya memberitahu, saya sangat gembira & selesa dengan pilihan saya.”

Pada 2018 Koulibaly menyaksikan pasukan kebangsaan Perancis menjulang Piala Dunia. Sesuatu yang boleh dia capai jika dia tak menukar kewarganegaraannya. Kerana ketika itu dia menjadi antara bek tengah elit di Eropah.

Mungkin ada yang mengatakan dia membuat keputusan yang salah, tetapi jika mereka melihat bola sepak Antarabangsa sama seperti bola sepak kelab, yang salah!

Koulibaly sekali lagi bercakap tentang ini:

“Apabila saya bersama pemain lain (negara Senegal) saya berasa seperti di rumah sendiri. Saya tidak pernah menyesalinya, walaupun pada 2018 apabila Perancis memenangi Piala Dunia.”

Dia berasa seperti di rumah, kerana Senegal memang rumah asal mereka. Oleh itu, dia hanya memikirkan tentang cara untuk membantu pasukan Senegal.

Fikirkan sejenak. Pemain pertahanan kelas dunia, seperti Koulibaly, memutuskan untuk bermain untuk Senegal. Apakah kesannya?

Dia telah memberi inspirasi kepada negaranya, scouting mulai dihantar ke Senegal untuk menonton perlawanannya, dan juga juga mencungkil bakat Koulibaly seterusnya, lebih ramai penonton TV menyaksikan Senegal. Dia telah membantu membangunkan bola sepak Afrika.

Koulibaly bukan tipikal bek tengah Afrika yang keras semata mata. Dia adalah tipikal bek tengah moden ciptaan eropah yang bermain dengan ball playing system dan membina permainan dari bawah.

Oleh sebab itu Pep Guardiola antara yang berminat dengan Koulibaly.

Senegal tidak pernah memenangi trofi antarabangsa dalam sejarahnya. Koulibaly menolak panggilan Perancis untuk bermain untuk Senegal hanya meningkatkan peluang mereka untuk memenangi sesuatu 10 kali ganda, bersama pemain seperti Sadio Mane dan juga Eduoard Mendy – bakat yang meletus mengejut selepas menyertai Chelsea.

2022 pun tiba dan Koulibaly mengetuai negaranya untuk memenangi trofi antarabangsa pertama mereka. AFCON. Kejohanan yang hebat.

Pemilik Napoli mempunyai kata-kata hebat untuk pemainnya. “Hebat Koulibaly! Kesetiaan kepada asal usulnya mendapat ganjaran & menjadikannya juara yang lebih hebat.”

Sambutan rayat Senegal terhadap kemenangan Senegal adalah sesuatu yang indah untuk ditonton. Para pemain mereka pulang ke rumah untuk meraikan trofi bersama rakyat mereka & dikerumuni lautan manusia.

Ibu kota Dakar dipenuhi dengan penduduk orang Koulibaly. Dia bukan sahaja mencapai trofi, tetapi dia memberi inspirasi & menghormati negara asal usul mereka

Kejuaraan ini mungkin tidak akan dapat direalisasikan jika tanpa Koulibaly, Edouard Mendy, Sadio Mane, Idrissa Gueye memutuskan untuk menyertai negara Eropah untuk mereka wakili.

Mungkin juga piala Afcon ini akan dimenangi lebih awal jika pemain pemain seperti Ousmane Dembélé, Patrick Vieira, Ferland Mendy dan beberapa pemain berkelas dunia berdarah Senegal yang lain memilih untuk mewakili negara mereka.

Sumber: Sulky Nick