Kalvin Phillips Tunjuk Jari Tengah Kepada Peminat Yang Gelar Dia Tak Berguna

Kalvin Phillips terus menuai kontroversi di luar padang. Sebelum ini dia mengecam Pep Guardiola kerana melabel dia gemuk ketika di Man City.

Phillips mengkritik Guardiola ketika dia sebenarnya masih lagi pemain Man City. Dan hanya bergelar pemain pinjaman di kelab lain.

Phillips menyatakan dia benar benar kecewa dengan kenyataan Guardiola dan menasihati pengurus itu agar guna bahasa lebih baik.

Guardiola pada masa itu kehairanan dengan berat badan Phillips selepas kembali dari kem England.

“Saya dan keluar saya sangat kecewa dengan kenyataan tersebut. Dia boleh gunakan ayat yang lebih baik daripada itu,” tegas Phillips yang kemudian menyatakan dia tak sanggup lagi duduk di bangku simpanan Man City.

Guardiola kemudian meminta maaf kepada Phillips kerana ‘terlalu jujur’ dengan pemain itu dan tidak sangka pemain itu boleh koyak dengan kenyataannya. Kerana Guardiola menganggap semua pemainnya seperti kawan yang boleh jadi tempat bersembang secara santai.

Dia kemudian menyertai West Ham United secara pinjaman. Namun sejak dia menyertai West Ham, dia masih gagal membuktikan kualiti dirinya.

Lantas peminat West Ham mulai menyampah dengannya. Dan semalam West Ham menelan satu lagi kekalahan 4-3 selepas mendahului 1-3 ke atas Newcastle.

Dalam perlawana tersebut, sekali lagi Kalvin Phillips beraksi sangat hambar dan jauh daripada standard yang diharapkan.

Peminat memakinya ketika di nak masuk bas. Dia memberikan respon yang dianggap tidak profesional dengan mengacungkan jari tengah kepada penyokong yang memanggilnya tidak berguna.

Phillips sebelum ini menjadi bakat yang diidamkan banyak kelab besar di Eropah ketika bersama Leeds United. Di bawah skuad kendalian Marcelo Bielsa pada masa itu, dia menjadi nadi penting di tengah. Menjadi enjin pasukannya.

Namun prestasinya merudum selepas meninggalkan Leeds. Dengan turut diganggu beberapa siri kecederaan.

 

Baca yang lain