Kalvin Phillips sekali lagi mengungkit kisahnya digelar gemuk oleh Guardiola secara terbuka dii hadapan media ketika dia di Man City.
Sebelum ini beliau pernah menyuarakan perkara itu dengan mendedahkan bahawa tindakan Guardiola itu mengaibkannya dan keluarganya benar benar marah kerana Guardiola dianggap celupar.
Guardiola menegaskan bahawa, Phillips jelas sekali pulang dari tugasan di England dengan kegemukan dan diminta untuk mengurangkan berat badannya. Guardiola sempat menyindir, entah apalah yang berlaku di England sehingga Kalvin Phillips menjadi gemuk.
“Dia gemuk dan tidak keadaan fizikalnya tidak cergas untuk berlatih atau bermain untuk kami,” tambah Guardiola.
Itu membuatkan Phillips melabel Guardiola sebagai biadap. Dan dia juga menganggap dirinya telah dimalukan secara fizikal.
Guardiola kemudian membuat permohonan maaf. Kerana beliau menyatakan komen itu awalnya dianggap tidak memudaratkan sesiapa dan dibuat secara santai dan jujur. Cuma Phillips ternyata tidak dapat menerimanya.
Phillips ketika itu masih lagi pemain Man City yang bermain untuk West Ham secara pinjaman. Dan ianya mengejutkan peminat City kerana bagi mereka kritikan Phillips itu adalah isyarat jelas pemain itu tak akan bermain untuk kelab itu lagi.
Kalvin Phillips on Pep Guardiola’s overweight comments: "Every club that I'd go to, I spoke to, like the manager and the nutritionist, they'd always speak about weight before they'd say anything else…"
byu/oklolzzzzs insoccer
Selepas tamat tempoh pinjaman di West Ham, dia gagal mendapatkan kontrak tetap. Dan dia kembali sekejap ke Man City dan dihantar semula secara pinjaman ke Ipswich Town. Dan baru baru ini sekali lagi dia mengutuk Guardiola sebab tidak berpuas hati.
Kalvin Phillips menegaskan bahawa komen Guardiola itu masih menghantuinya dan sukar untuk dia terima.
“Komen seperti itu sukar untuk dihadam. Naratif di media sosial terus bercambah dan semakin banyak.
“Di setiap kelab yang saya bermain, saya akan sentiasa bercakap dan berjumpa dengan pakar pemakanan dan mereka yang berkaitan. Mereka sentiasa bercakap tentang berat badan saya dahulu daripada perkara lain.
"It got to the point where it peed me off a little bit. I was getting quite frustrated with it."
Kalvin Phillips has revealed he was left frustrated over Pep Guardiola’s remarks about his weight during his time at Manchester City.
More from @Millar_Colin ⬇️
— The Athletic | Football (@TheAthleticFC) October 3, 2024
“Namun kali ini ianya membuatkan saya rasa agak tersinggung. Saya berasa kecewa dengan komen itu. Di Ipswich, pengurus, Kieran McKenna adalah manusia yang luar biasa serta pengurus yang hebat. Dia bercakap tentang karier saya sebelum ini dan mahu saya kembali semula ke tahap yang saya pernah capai di Leeds.”
Ketika di Leeds, Kalvin Phillips menjadi salah seorang pemain tengah terbaik di Eropah. Dia kemudian menarik perhatian Man City untuk mendapatkannya dan menyertai mereka pada 2022. Namun dia hanya bermain 31 kali di sana.
Guardiola meminta maaf kepada Phillips kerana menurutnya dia telah gagal menjadi jurulatih yang baik untuk pemain itu. Sambil dia mengakui pemain itu sentiasa profesional sepanjang di Man City. Cuma dia tidak dapat membantu Phillips dan berharap pemain itu dapat kelab yang terbaik untuk dirinya.
🚨🚨🎙️Pep Guardiola on Kalvin Phillips:
“I feel so sorry for my decisions… He doesn't deserve for one second what I've done”
— CentreGoals. (@centregoals) December 8, 2023
Kini dia di Ipswich sudah bermain dalam 4 perlawanan setakat ini musim ini.