‘Kami Bukan Anjing’ — Doktor Dedahkan Beza Akhlak Jemaah Tabligh Dengan Mereka Yang ‘Turun Dari Kayangan’

Dr Sakinah Sulong merupakan salah seorang doktor yang mempunyai ramai pengikuti di media sosial kerana sikapnya yang ramah dan tak lokek ilmu.

Sepertimana frontline yang lain, beliau juga sangat sibuk ketika musim wabak covid-19.

Terbaru Dr Sakinah berkongsi pengalaman beliau ketika bertugas mengambil sampel untuk Covud-19.

Alangkah kecewanya beliau dengan sikap segelintir manusia yang sombong dan tidak mahu memberikan kerjasama.

Malah, Dr Sakinah terharu dengan mereka yang dari kluster jemaah Tabligh yang akhlak mereka lebih baik dan lebih memberikan kerjasama.

Ikuti perkongsian beliau:

Kongsi pengalaman kendalikan sampel Covid-19

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidup, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia; Pengarah Jabatan ke, Jemaah tabligh ke, Doktor ke, Pelajar ke. Semuanya sama. Lubang hidungnya sama. Rongga mulutnya sama.

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Jemaah tabligh beri kerjasama

Kami bukan anjing.

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama.

Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

Golongan dari kayangan yang sombong

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi.

Tak nak dikuarantin. Marah-marah. Panggil staff kami ‘dog’ Panggil staff kami pencacai najis.

Memang sangat kurang ajar!

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19.

Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Cadang sumbat ke dalam lokap mereka yang tak beri kerjasama

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat.

Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!

Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan. Buat saringan simptom dan vital sign. Buat pensampelan. Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.

Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

Terus bekerja kuat

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!

Memang tak bersyukur!

Pada akhir kiriman beliau, Dr Sakinah menunjukkan gambar KFC yang dibelikan oleh jemaah tabligh kepada mereka yang bertugas tanda berterima kasih.

“Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.”

Perkongsian oleh Dr Sakinah Sulong telah dikongsi semula lebih 10,000 kali oleh pengguna facebook.

Ramai yang mengucapkan terima kasih kepada frontline dan meminta beliau dan pasukannya terus tabah dan cekal.

Kepada korang yang diminta untuk tampil membuat pemeriksaan, berilah kerjasama. Kepada mereka yang baru balik dari luar negara, pastikan ikut garis panduan ditetapkan kerajaan.

Wabak ni adalah masalah global dan kesemua kita sedang berhadapan dengannya.

Bersama-sama kita berganding bahu melakukan yang terbaik untuk memeranginya.

Baca yang lain