Kami Selalu Bolos Gol Yang Bukan Bukan – Ole

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengkritik pertahanan pasukannya ketika aksiΒ  menentang Leicester pada minggu ke-15 Liga Inggeris 2020-2021. Menurut Solskjaer, gol Man United seharusnya tidak ditembusi oleh Leicester dalam perlawanan tersebut.

Rashford meletakkan Man United di hadapan pada minit ke-23. Gol Rashford diciptakan berkat umpan bantuan gol oleh Bruno Fernandes yang mencucuk bola tersebut.

Pendahuluan Man United hanya bertahan lapan minit. Pemain Leicester, Harvey Barnes menyamakan kedudukan setelah rembatan dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Man United, David De Gea.

Gol Leicester tidak seharusnya terjadi jika Eric Bailly menutup jarak (closing down) ruang Barnes melakukan rembatan dengan lebih cepat, tetapi itu tidak berlaku.

Dan sebelum itu, Harry Maguire tergelincir, serta Bruno Fernandes terlalu kasual sehingga hilang bola di zon bahaya.

Menjelang akhir perlawanan, kedudukan berubah lagi. Man United berpeluang untuk menang semula setelah Bruno Fernandes mencatat namanya di papan skor pada minit ke-79.

Ianya berpunca daripada rencana pemain gantian Edinson Cavani yang dengan cantiknya melorongkan bola kepada Bruno Fernandes.

Namun, seperti yang berlaku sebelumnya, Leicester berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-85.

Gol Leicester terhasil oleh rembatan Jamie Vardy, terbias pada Axel Tuanzebe sehingga arah bola berubah dan masuk ke gawang Man United.

Gol kedua Leicester, yang dikira sebagai gol sendiri Tuanzebe. Menurur Ole ianya dapat dihindari sekiranya umpanan kepada Vardy dihentikan terlebih dahulu.

Itulah yang mebuatkan Ole Gunnar Solskjaer kecewa. Gagal membawa 3 mata penting kerana dua bolos yang menurutnya β€˜bolos yang tak sepatutnya’ ataupun yang bukan bukan.

β€œItu adalah gol yang baik dari Rashford dan saya gembira dia menjaringkan gol. Dia (Rashford) tahu peluang pertama adalah baik (tetapi tidak membuahkan hasil),” kata Ole merujuk kepada kegagalan Rashford menyempurnakan peluang keemasan pada awalnya.

β€œBolos itu hanyalah sebahagian dari permainan.”

β€œNamun kedua-dua gol (Leicester) seharusnya kami menutup ruang dengan lebih cepat.”

β€œGol pertama harus (ditutup segera ruangnya), sementara kita seharusnya dapat menghentikan umpanan yang berakhir dengan gol kedua.”

β€œKami selalu melihat bolos yang tidak sepatutnya masuk ke gawangΒ  kami, apa yang harus kami lakukan atau boleh lakukan adalah melakukannya (bertahan) dengan lebih baik, β€œkatanya.

Man United mempersiakan peluang terbaik memintas Leicester dalam carta liga.