Kanak Kanak Ini Tak Nak Jadi Pemain Bola Sepak Ramos

Dalam satu program khas Martin Odegaard melayan peminat cilik Arsenal untuk soal jawab. Kanak kanak dari Sekolah Rendah Torriano di Utara London tidak melepaskan peluang mereka untuk bertanya apa saja dekat kapten Asenal itu.

Ketika dia sedang syok melayan budak budak itu, dia terjumpa adik beradik Yahya. Ketika itu Odegaard sedang bersembang dengan mereka tentang cita cita mereka.

Di mana adik kepada Yahya dengan muka selamber memberitahu Odegaard, dia tidak mahu menjadi pemain bola sepak dan mengejar cita cita dalam bidang seni bina dengan mahu menjadi arkitek.

Alasan kenapa kanak kanak itu tidak mahu menjadi pemain bola sepak agak luar biasa. Ianya kerana Sergio Ramos. Menurutnya, jika dia bermain bola sepak dia risau pasukannya akan berjumpa dengan pasukan Sergio Ramos dan kakinya akan patah dibentes bekas kapten Madrid itu.

Kanak kanak itu berkata: “Saya nak jadi arkitek apabila saya besar nanti. Saya tak nak jadi pemain bola sepak sebab saya takut, saya mungkin akan berlawan dengan Sergio Ramos dan dia akan patahkan kaki saya.”

Odegaard tersenyum mendengarnya dan menjawab: “Saya faham saya faham. Tetapi kecederaan itu memang sebahagian daripada bola sepak.”

Odegaard ternyata tidak mahu menjatuhkan reputasi Ramos dengan menyokong kenyataan kanak kanak itu yang menggambarkan Ramos seorang yang ganas.

Ramai yang geli hati mendengarnya dan mengingatkan adik tu bahawa Sergio Ramos pastinya sudah bersara ketika dia menjadi pemain pro kelak.

Ada juga yang menganggap Ramos telah meninggalkan trauma kepada kanak kanak itu sehingga takut nak jadi pemain bola sepak.

Sergio Ramos merupakan legenda dalam arena bola sepak. Dianggap salah seorang pemain terbaik di posisinya pada eranya. Dia antara kapten paling berjaya dalam sejarah Sepanyol dan Real Madrid.

Dia kini sedang menikmati fasa akhir kariernya bersama kelab lamanya Sevilla. Dia seringkali dikaitkan dengan dark art dalam bola sepak.