Kane Akan Angkat Kaki Kalau Spurs Terus Kemarau Trofi

Tony Pulis percaya Tottenham akan kehilangan Harry Kane jika mereka berterusan kemarau trofi.

Oleh itu Pulis berpendapat, Spurs harus memenangi piala untuk terusk mengekalkan Harry Kane.

Pulis pada masa yang sama menyatakan tidak ada orang yang lebih baik daripada Jose Mourinho untuk mendatangkan kejayaan seperti itu di kelab.

Pada akhir bulan Mac, kapten England Kane mengatakan dia tidak menolak kemungkinan akan angkat kaki untuk memenangi sesuatu di tempat lain.

Spurs menikmatik musim yang baik musim lalu dan hampir menamatkan kemarau trofi di bawah Pochettino.

Namun awal musim ini Spurs berdepan krisis prestasi dan Pochettino digantikan dengan Jose Mourinho.

Pulis menegaskan, beliau tidak akan menyalahkan Kane jika pemain itu terpaksa meninggalkan Spurs.

“Tottenham harus mulai memenangi trofi. Saya rasa anda tidak boleh menyalahkan Kane jika beliau pergi,” kata bekas pengurus Stoke City, Crystal Palace dan West Brom kepada Stats Perform News.

“Dia pemain utama di peringkat antarabangsa dan kelab. Selama tiga atau empat tahun terakhir dengan Mauricio Pochettino, Spurs telah menjadi pasukan kuat.”

“Sekiranya anda mengatakan bahawa mereka tidak akan memenangi apa-apa tiga atau empat tahun yang lalu saya akan terkejut.”

“Dia mahu memenangi sesuatu, dia ingin menjadi seorang yang bercita cita tinggi. Mereka mengatakan bahawa dia benar-benar gembira di Tottenham. Ia adalah kelab bola sepak yang luar biasa – ada stadium dan kemudahan latihan yang serba baru ada di dunia ini.”

“Tetapi Harry Kane mahu menang. Dan dia juga mempunyai pengurus yang juga mahu menang.”

“Mereka mungkin memerlukan sokongan dari Daniel Levy dan kelab dalam beberapa cara. Namun ia akan menjadi sukar kerana krisis kewangan yang melanda dunia.”

Walaupun ramai menganggap reputasi Mourinho boleh dikatakan telah jatuh sejak zaman kegemilangannya ketika mengendalikan Porto, Chelsea dan Inter, Pulis tetap yakin pengurus Portugis itu masih berada di kelas tertinggi.

“Mourinho adalah pengurus yang hebat dan rekodnya menunjukkan semua itu, dengan adanya alat yang sesuai, dia dapat memenangi sesuatu dalam bola sepak,” tambahnya.

“Dia memerlukan masa. Masalah besar dalam masyarakat kita hari ini dan terutama dalam sukan ialah orang berpendapat bahawa kejayaan itu akan berlaku dalam sekelip mata.”

“Berikan kepercayaan kepada mereka dan berikannya masa di sana. Sekiranya mereka memainkan peranan mereka sebaiknya dan menyokongnya secara kewangan, dia membuktikan sebeluum ini bahawa dia adalah salah seorang pengurus hebat sejak beberapa dekad yang lalu.”

“Mourinho mendapat peluang baik seperti mana-mana pengurus di planet ini untuk berjaya di sana.”

PERHATIAN!

Sempena meraikan ulangtahun kejayaan LIVERPOOL memenangi UCL tahun lepas, kami lancarkan buku yang merakam sejarah paling manis buat kelab yang akan menang EPL tak berapa lama lagi dah ni.

Buku ini adalah debut daripada Axello Tacts:

Kalau nak beli, boleh buat kat sini: https://bit.ly/liverpoolmahkotaeropah