Kane Bidas Pemain Yang Utamakan Kelab Berbanding Negara

Harry Kane membidas pemain pemain yang menolak panggilan pasukan kebangsaan untuk aksi Liga Negara Negara Eropah.

Menurut Kane, ada sesetengah pemain seolah olah mengambil kesempatan di atas sikap lemah lembut FA England dalam perkara ini.

Dan secara jujur Kane tidak suka dengan sikap pemain yang sengaja tidak mahu bermain untuk negara kerana mendahulukan kepentingan kelab berbanding England.

Dalam aksi antarabangsa kali ini terdapat 8 pemain tidak dapat menyertai tugasan tersebut. Angka yang  dianggap Kane sebagai terlalu banyak.

Kapten Tiga Singa, Harry Kane berkata: “Mungkin ada yang sedikit mengambil kesempatan di atas perkara ini. Saya sebenarnya tidak begitu suka dengannya, jika saya berkata jujur tentangnya.

“Macam yang saya katakan sebelum ini, England diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan mana mana kelab,” tegas penggempur berbisa Bayern Munich itu.

Sebelum ini Cristiano Ronaldo turut membidas segelintir pemain pemain muda Portugal yang tidak begitu pentingkan tuggasan kebangsaan.

Ronaldo menegaskan bahawa dia sudah memiliki banyak kejayaan dan trofi di peringkat kelab, namun tidak ada yang lebih tinggi nilainya daripada bermain untuk pasukan kebangsaan. Kerana ia mewakili negara dan budaya.

Ronaldo berkata: “Saya agak kecewa dengan segelintir pemain muda yang tidak mahu berkhidmat untuk negara. Masa berlalu dengan pantas, nikmatilah detik kamu bermain untuk pasukan kebangsaan.

“Tiada yang lebih baik daripada mewakili negara kamu dan budaya kamu.”