Kane Raikan Trofi Pertama Dengan Satu Hantaran Ringkas Dan Bermakna Ini

Harry Kane akhirnya meraikan piala major pertama sebagai pemain bola sepak. Itupun selepas laluan yang dianggapnya mudah awalnya rupanya sukar.

Mana tidaknya, musim lalu, Leverkusen menafikannya daripada memenangi sebarang piala domestik. Dan kemudian Bayern gagal dalam kempen UCL.

Musim ini Bayern turut gagal pergi lebih jauh dalam kempen UCL. Dan Kane serta Bayern disingkirkan dari DFB Pokkal pada pusingan 16.

Ketika impian untuk menjuarai Bundesliga semakin menyala, Kane harus sabar kerana beberapa perlawanan mereka terus ditangguhkan kejuaraan. Dan akhirnya, tiada apa yang dapat menghalang Kane untuk menjuarai Bundesliga bersama Bayern.

Pemain dan kapten antarabangsa England itu menjadi nadi Bayern sejak menyertai kelab Jerman itu. Dan dia memuat naik satu mesej ringkas di IG Story.

Dia turut berpelukan dengan rakan senegaranya, Eric Dier yang juga rakan sepasukannya di Spurs dulu.

Kedua duanya sama sama meraikan trofi pertama mereka sebagai pemain profesional.

Ramai tumpang gembira dan terharu dengan kejayaan Harry Kane. Pemain yang sudah mencetak ratusan gol dalam karier kelab dan negara, namun menikmati kemarau trofi yang sangat panjang.

Kane  malah seringkali ditroll sebagai suwey kerana ketika dia tiba di Bayern, kelab itu terus gagal menang trofi.

Dia menyertai Bayern dari Spurs dengan jumlah perpindahan dillaporkan mencecah EUR110 juta, Menjadikan dia pemain England termahal dijual ke kelab luar.

Urusan perpindahan itu sangat mudah difahami. Dia dibawa masuk sebagai pengganti kepada Robert Lewandowski yang berpindah ke Barcelona. Kane adalah calon sempurna dan sudah ‘masak’ untuk terus dipakai Bayern menggantikan penggempur Poland itu.