Kane Tak Gembira, Rakannya Tak Suap Bola Seckukupnya

Thomas Tuchel mendedahkan bahawa Harry Kane kurang gembira dengan corak permainan Bayern Munich pada ketika ini. Di mana dia kurang gembira kerana kurang menerima hantaran daripada rakan sepasukan.

Kane menuntut rakan rakannya agar lebih banyak menyuap bola kepadanya di atas padang untuk dia sudahkan.

https://x.com/Reuters/status/1759164641224077515?s=20

Bayern menelan kekalahan ketiga berturut-turut, kali ini kalah 3-2 di tangan Bochum. Kekalahan itu meletakkan Bayern dalam kesukaran untuk mengejar Bayer Leverkusen dalam persaingan Liga Jerman,

Kane menjaringkan gol dalam perlawanan itu, namun hakikatnya, prestasi Bayern terus terumbang-ambing.

Sebelum perlawanan Tuchel mendedahkan bahawa pemain antarabangsa England itu. Tuchel berkata: “Harry jaga diri dia sendiri. Dia tak perlukan saya. Dia kurang gembira dengan ‘connection’ di atas padang. Saya pun rasa benda sama.

“Saya jarang melihat perbezaan Kane di sesi latihan dengan perlawanan sebenar.

“Cara dia menjaringkan gol di pusat latihan, cara dia memanfaatkan peluangnya, dia luar biasa. Berkelas dunia.

“Namun di dalam perlawanan kami jarang menemui dia. Dia berperwatakan seorang ketua pasukan. Segalanya baik baik sahaja tentang dia.”

Kane menyertai Bayern Munich dengan nilai perpindahan sekitar €100 jua dari Spurs. Dia terus memberikan impaknya pada musim pertama di Bayern Munich.

Namun begitu, masa depan Tuchel kini menjadi perhatian ramai. BILD baru baru ini melaporkan bahawa pengurusan tertinggi Bayern masih tidak cukup yakin bahawa Tuchel berhak diberikan kontrak baharu selepas ini.

Tuchel sendiri maklum akan perkara itu dan sedia mempertimbangkan peluang di tempat lain. Dengan pengurus itu dikatakan sedia menawarkan dirinya ke Barcelona jika kelab itu mahukannya.

Hubungan Tuchel dengan beberapa pemain Bayern juga dilaporkan kurang baik.