Harry Kane menolak untuk menjulang piala selepas menang ke atas Spurs pada aksi pra musim.
Bayern Munich menewaskan Spurs dalam pertembungan pramusim di stadium Tottenham Hotspur, dengan Kane dan bekas rakan sepasukan Spurs Eric Dier masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.
Kane menjadi kapten pasukan untuk aksi separuh masa kedua itu.
Kane juga kelihatan beremosi semasa perlawanan itu. Walaupun menang 3-2, Kane dilihat menggelengkan kepalanya kepada rakan sepasukan ketika diminta mengetuai pemain pemain Bayern untuk menjulang trofi.
Kane enggan menjulang trofi Visit Malta sebagai tanda penghormatan kepada bekas kelabnya, kerana tidak memenangi sebarang piala sepanjang berada di London Utara.
Ini ditambah, ia sekadar piala pra musim, maka Kane meminta untuk tidak menjulang piala tersebut di hadapan pemain pemain Spurs dan peminat mereka.
Kane masih belum memenangi trofi utama sepanjang kariernya walaupun enam piala final untuk kelab dan negara.
Pemain berusia 31 tahun itu juga pernah menamatkan saingan sebagai naib juara Liga Perdana semasa di Spurs.
Musim pertamanya di Bayern, dia dan pasukannya tewas dalam Piala Super Jerman dan gagal memenangi Bundesliga atau DFB-Pokal.
Penyerang prolifik itu juga mengalami kekalahan yang mengecewakan bersama England pada Euro 2024, yang menjadi kekalahan di final kedua berturut-turut dalam Euro.
Musim ini Bayern Munich mendapat sentuhan daripada pengurus baharu Vincent Kompany. Dan Kane akan berpeluang untuk menamatkan kemarau trofinya.
⚪️©️ Class by Harry Kane as he rejects to lift the pre-season trophy vs Spurs.@footballontnt 🎥pic.twitter.com/nPhOslk6bq
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 10, 2024