‘Kante Ibarat Malaikat’ – Didier Deschamps

Peminat Perancis agak terkejut dengan panggilan dibuat Didier Deschamps. Di mana dia turut menyertakan N’golo Kante dalam senarai ke Euro 2024.

Kante sudah meninggalkan aksi liga utama Eropah dan kini bermain di Arab Saudi.

Kante kali terakhir menyarung jersi kebangsaan pada Jun 2022. Dia terlepas semua aksi Piala Dunia 2022 kerana masalah kecederaan.

Kante bermain 53 kali untuk Perancis setakat ini sejak melakukan debut bersama Perancis pada 2016.

Walaupun ramai mengkritik pemanggilan Kante untuk tugasan kali ini. Namun Deschamps dilihat boleh menggunakan Kante sebagai mentor kepada pemain muda seperti Camavinga dan Tchouameni.

Dua pemain tersebut cemerlang bersama dengan Real Madrid dalam beberapa musim ini. Selain daripada dua nama tersebut, Deschamps turut memanggil Rabiot, Youssof Fofana serta Zaire Emery.

Kesemuanya menjadi pemain yang berpotensi besar untuk menjadi pemain permulan di kesebelasan utama. Kante menyertai Al Ittihad pada musim panas yang lalu. Dengan membuat 28 penampilan untuk jaguh Saudi itu.

Deschamps memberitahu RMC di sebalik pemilihan N’golo Kante: “Kante tidak banyak bermain sejak musim 2022/23. Dia ada musim yang penuh namun bukan di eropah. Tetapi dia sudah mendapatkan semula kekuatan fizikalnya.

“Daripada pengalaman yang dia ada, saya yakin pasukan kebangsaan Perancis akan lebih baik dengan kehadirannya.

“Dia mendapatkan semula rentak dari segi kecergasan fizikalnya. Kita boleh bincangkan tentang intensiti yang spesifik dia Arab Saudi. Namun dia sudah bermain lebih 4,000 minit musim ini. Itu lebih daripada 40 perlawanan.

“N’golo tidak pernah menjadi masalah dalam apa jua keadaan. Dia ibarat malaikat. Semua orang sukakan dia. Namun tiada jaminan untuk dia – sama seperti pemain lain – menjadi kesebelasan utama.

“Secara jujurnya, ketujuh tujuh pemain tengah kami boleh menjadi pemain pemula kesebelasan utama. Dan kalau saya rasa dia layak, maka saya akan pilih dia. N’golo baik baik sahaja sepanjang masa.”

Perancis antara pasukan pilihan sekali lagi untuk Euro kali ini. Perancis adalah naib juara Piala Dunia 2022. Mereka memiliki ayam tambatan seperti Kylian Mbappe yang dianggap antara salah seorang pemain terbaik dunia pada ketika ini.