Kante Ikut Jejak Karim Benzema, Dapat €100 Juta Semusim

N’golo Kante kini dalam proses menyertai Al Ittihad dengan perjanjian gaji luar biasa.

Kante masih belum melanjutkan kontrak dengan Chelsea walaupun kelab itu sudah beberapa kali membentangkan tawaran kepadanya.

Kini Al Ittihad yang disokong PIF sedia membayar Kante gaji €100 juta semusim bersih selepas cukai.

Kante bermain di posisi DM. Dia akan menyertai Karim Benzema sebagai pemain bintang baharu Al Ittihad.

Benzema sudah pun rasmi menyertai Al Ittihad dan sudah diumumkan oleh kelab itu.

Kontrak yang ditawarkan kepada Kante adalah sehingga 2025 ataupun selama 2 tahun.

Liga Pro Arab Saudi benar benar menjadi perhatian bintang dunia. Sebelum ini pemain Portugal Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr dalam perjanjian €200 juta semusim selama 2 tahun.

Angka yang sama diterima Karim Benzema ketika memeterai perjanjian dengan Al Ittihad.

Kini beberapa nama lain turut dikaitkan dengan Liga Pro Saudi. Antaranya Lionel Messi dan Alexis Sanchez.

N’golo Kante dianggap antara DM terbaik dalam generasinya. Namun pada musim ini agak terhad aksi beliau kerana kecederaan.

Kante pernah membantu Leicester dan Chelsea menjuarai EPL. Beliau turut memenangi UCL bersama Chelsea.

Di mana ketika final menentang Man City, Kante menunjukkan salah satu aksi terbaik dalam kariernya.

Bersama pasukan kebangsaan Perancis, N’golo Kante menjadi nadi penting Les Bleus ketika menjualang Piala Dunia 2018.

Baca yang lain