Kante Tidak Diperlukan Di Kedah, Fabinho Mungkin Lebih Sesuai

Persiapan Musim 2020

Pada musim pertama Jurulatih Aidil Shahrin, adalah sangat baik bersama Kedah. Kerana mereka dalam transisi perubahan taktikal dan pasukan baharu. Tetapi Kedah FA telah berjaya mengharungi musim 2019 dengan baik, iaitu menjadi juara Piala FA, tempat ke-4 Liga Super dan juga Final Piala Malaysia.

Bagi musim baru Liga Malaysia 2020, Kedah telah melakukan segala persiapan yang rapi untuk menghadapi perjalanan yang lebih berliku pada musim hadapan. Antara kejohanan yang perlu diberi perhatian oleh Kedah adalah pusingan kelayakan bagi Kejohanan Juara-Juara Asia (Asia Champions League).

Pengurusan Kedah FA sebelum ini dalam sidang media mereka juga telah meletakkan sasaran utama mereka pada musim hadapan, antaranya layak ke peringkat kumpulan AFC dan juga menjadi pencabar kepada kejuaraan Liga Super.

Pemain berstatus tempatan dan import telah dibawa masuk bagi merialisasikan sasaran mereka pada musim hadapan. Selain itu, Kedah juga mengekalkan beberapa orang pemain yang telah membantu mereka musim lepas. Baddrol Bakhtiar, David Rowley, Shakir Hamzah, Renan Alves, Azamuddin Akil dan Zaquan Adha telah dikekalkan bagi musim hadapan.

Kedah juga telah melepaskan beberapa orang pemain yang telah gagal memikat hati pengurusan untuk mengekalkan mereka. 3 orang pemain import mereka iaitu Jonathan Bauman, Fernando Rodriguez dan Edgar Bernhart antara pemain yang dilepaskan pada tahun hadapan.

Kredit : Facebook FA Kedah

Dalam masa yang Kedah turut melakukan 3 ‘big signing’ setakat ini diposisi serangan dengan membawa masuk Hadin Azman dari Felda United. Serta 2 orang pemain import yang berprofail tinggi di Liga Malaysia iaitu Kpah Sherman dari PKNS dan Tcheche Kipre dari Terengganu. Dua pemain import ini juga merupakan bekas penjaring terbanyak bagi Liga Malaysia iaitu Kpah (Musim 2019) dan Kipre (Musim 2018).

Kredit : Facebook FA Kedah

Pada ketika ini Kedah FA masih lagi menunggu ketibaan seorang lagi pemain import yang bakal mengisi slot pemain dari Asia.

Mengapa Kante Tidak Diperlukan Di Kedah ?

Pada ketika ini, diantara posisi yang sangat kritikal bagi pasukan Kedah FA adalah posisi ‘Defensive Midfielder’. Selepas Amirul Hisyam bergelut dengan kecederaan dan tida mencapai tahap prestasinya seperti sebelum ini. Kedah masih lagi tidak menemui pemain terbaik untuk bermain di posisi tersebut.

NSTP/SHAHRIL BADRI SAALI

Akram Mahinan antara pemain yang pernah mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amirul Hisyam. Selepas Akram berpindah ke PKNS, Kedah bergelut untuk mencari penganti sebaik mereka berdua ini.

Setakat ini, Kedah FA tidak mempunyai pemain yang memegang peranan no 6 asli selain Amirul Hisyam. Tetapi pada ketika ini, Amirul Hisyam sepertinya masih lagi bergelut, dan tidak menjadi pemain kegemaran Aidil Shahrin.

Aidil cuba membangunkan beberapa orang pemain untuk bermain sebagai pemain No 6 yang melakukan ‘dirty work'(Kerja kotor) di tengah. Diantaranya Baddrol Bakhtiar, Fadzrul Danel dan David Rowley. Baddrol dan Rowley diantara pemain yang kerap bertukar peranan untuk bermain diposisi tersebut.

Peranan No 6 ataupun Tengah Bertahan

Peminat harus menerima hakikat, peranan di No 6 bukanlah posisi kegemaran Baddrol. Malah David Rowley juga masih lagi baru dibangunkan untuk bermain diposisi tersebut. Manakala, pemain seperti Fadzrul merupakan pemain yang mempunyai mentaliti menyerang, jadi ia membataskan keupayaannya untuk bermain di ‘defensive midfielder’.

Rowley sedang menunggang burung unta

Kante Bukan Lagi Defensive Midfielder

Sekiranya anda mengikuti perjalanan Ngolo Kante di Premier League, anda akan mendapati Kante bukan lagi pemain yang bermain sebagai No 6 ataupun ‘Defensive Midfielder’. Pada era Sarri, Chelsea telah membangunkan Kante sebagai Box-To-Box midfielder. Malah Ngolo Kante juga telah memberi impak yang baik terhadap peranan tersebut.

Pemain No 6 di Chelsea pada ketika ini adalah Jorginho sebagai ‘Deep Lying Midfielder’.

Perubahan peranan tersebut kita dapat lihat terhadap peningkatan jumlah jaringan dan bantuan gol yang dilakukan oleh Kante. Ketika di Leicester City beliau hanya menjaringkan 1 gol dan 4 bantuan gol. Ketika di Chelsea, pada musim 16/17 dan 17/18 Kante hanya melakukan 1 gol dan 1 bantuan gol.

Hal ini kerana peranan Kante sebelum ini lebih kepada untuk membantu pertahanan, menjadi penjaga kepada garisan belakang dan melakukan kerja kotor.

Namun peningkatan itu dapat dilihat apabila Sarri telah menukar peranan Kante supaya lebih kedepan(advance) dalam sistem Chelsea. Pada musim lepas 18/19 Kante telah menjaringkan 4 gol dan 4 bantuan gol. Pada musim ini juga, setakat ini Kante telah melakukan 3 gol.

Peningkatan ini berlaku adalah kerana perubahan peranan beliau dalam pasukan. Sebab itu aku berpendapat, peranan Fabinho lebih diperlukan di Kedah pada ketika ini.

Artikel ini bukannya bermaksud untuk memberi cadangan Kedah FA untuk menandatangani Fabinho dan telah menolak Kante. Kerana sudah semestinya perkara tersebut tidak logik dan tidak akan berlaku.

Bahkan kelab sekaya Barcelona pun berfikir 2-3 kali nak dengar price tag pemain bukan untuk dijual.

Tetapi artikel ini ditulis, adalah untuk menceritakan keperluan pasukan Kedah pada ketika ini. Kedah FA harus mencipta atau mencari Fabinho versi mereka sendiri.

Dan jika korang baca sampai habis artikel ini, korang tak ada masalah dengan isi cuba disampaikan.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil