Kante Tolak Tawaran Chelsea, Bakal Jadi Free Agent Selepas Tamat Musim Ini

Kontrak N’Golo Kante di Chelsea akan tamat pada musim panas 2023. Dengan pemain itu dilaporkan masih tidak setuju dengan tawaran yang diterimanya daripada Chelsea.

The Blues pula sudah sedia kehilangan N’golo Kante secara percuma atas beberapa pertimbangan yang mereka anggap relevan.

Kante adalah pemain yang bermain di posisi defensive midfielder. Dia seringkali dibandingkan dengan peranan Makelele di tengah.

N’Golo Kante memasuki musim terakhirnya di Chelsea. Dalam tempoh sembilan bulan lagi, kontrak pemain tengah pertahanan Perancis itu akan tamat.

N’Golo Kante telah memperkuatkan Chelsea sejak 2016. Dia segera menjadi pemain penting Chelsea di bahagian tengah. Malah dia seringkali dianggap sebagai salah seorang defensive midfielder terbaik pada eranya.

Kante telah bermain 262 kali untuk Chelsea dalam semua pertandingan. Dia memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Liga Juara-Juara, Piala Super Eropah, Liga Europa dan Piala Dunia Kelab.

Menurut laporan sumber David Ornstein, Chelsea dan Kante terus gagal mencapai kesepakatan kerana durasi kontrak.

Kante meminta tawaran yang lebih panjang sekurang kurangnya 3+1 tahun. Namun Chelsea pula menawarkan 2+1 tahun.

Buat masa ini, Chelsea menganggap tawaran mereka adalah yang terbaik untuk Kante. Dengan mengambil kira rekod kecedederaan pemain tersebut.

Kante sering mengalami kecederaan dalam dua musim lalu. Kecederaan otot, lutut dan hamstring sentiasa menghantuinya.

Kante pula percaya dia masih boleh bermain di tahap tertinggi dalam 4 tahun lagi di Chelsea.

Chelsea kini sedia kehilangan Kante. Dengan pemain itu turut menjadi buruan beberapa kelab lain termasuk 2 kelab EPL.

Chelsea dianggap sudah menyediakan pengganti Kante. Musim panas ini, Chelsea telah menandatangani pemain tengah muda Carney Chukwuemeka dan Denis Zakaria secara pinjaman daripada Juventus yang boleh mengaktifkan pilihan pembelian tetap.

N’Golo Kante kini sedang dalam proses pemulihan daripada kecederaan otot. Kante hanya bermain dua kali dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pastinya berita ini kurang menggembirakan ramai penyokong The Blues. Ini kerana Kante menjadi antara figura kesayangan mereka. Dianggap pemain tengah terbaik yang mereka ada pada masa ini.

Namun begitu buat masa ini, masih belum ada laporan yang menyatakan rundingan kedua dua pihak sudah benar benar gagal. Jika Kante setuju dengan tawaran Chelsea, maka pemain itu akan terus kekal di sana.

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di