Kantoi Dadah, Polis Bingung Nak Suruh Lucinta Luna Bobo Di Penjara Mana

Penyanyi dangdut yang korang minat dulu, kantoi terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ecstacy. Dia dah kena tahan semalam.

Lucinta Luna yang pernah muncul bersama dengan Datuk Alif Syukri dan Sajat dalam lagi Bobo Di Mana itu ditangkap dan dibawa ke balai polis di Jakarta.

Namun masalahnya, pak polisi tak pasti yang sumbat si Lucinta ni kat penjara mana, lelaki atau perempuan?

Penyanyi transgender berumur 30 tahun itu, sudah pun selesai melalui proses siasatan serta ujian air kencing.

Lucinta Luna didapati positif barang terlarang bersama beberapa rakannya.

Dan selepas ini, Lucinta akan menjalani proses tindakan perundangan selanjutnya , dan berhadapan dengan pertuduhan berat, penggunaan narkoba.

Cuma masalah sekarang, selepas menahan Lucinta Luna, polis bingung pula sama ada nak sumbat minah, ehh, mamat ni kat mana?

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Metro Jakarta Barat, Iptu Bachrun, berkata: “Nak letak mana ni? Sel [lokap] perempuan atau lelaki, kami belum dapat pastikan, penahanan masih di ruang penyelidikan [bilik siasatan].”

Menurut laporan oleh media tempatan, Lucinta atau nama sebenarnya, Muhammad Fatah ditahan di apartmennya di Thamrin City, Jakarta Pusat, pada 1.30 pada pagi Selasa.

Dia ditahan bersama-sama dengan tiga lagi rakannya iaitu seorang wanita dan satu pasangan suami isteri.

Pihak polis telah menemui beberapa pil ecstacy di apartmen milik Fatah aka Lucinta.

Ketika ditahan, Lucinta menggunakan topeng muka dan bersahaja sahaja.

Lucinta Luna merupakan penyanyi yang pernah bergabung dalam kumpulan Duo Luna.

Baca yang lain