Pada hari Ahad, berita mengenai kapal selam pelancong OceanGate Expeditions menuju ke bangkai kapal Titanic yang hilang bersama lima orang di dalamnya.
Tidak lama selepas itu, butiran muncul tentang reka bentuk bukan standard kapal selam, dan ianya tidak memenuhi piawaian, termasuk stereng yang nampaknya dikendalikan oleh controller permainan PC tanpa wayar Logitech F710 berharga $30, model tahun 2010.
Reuters melaporkan bahawa lima orang krew kapal yang hilang itu, dikenali sebagai Titan, termasuk Hamish Harding, seorang jutawan Britain dan peminat pengembaraan, dan pengasas dan CEO OceanGate, Stockton Rush.
Ia hilang pada hari Ahad ketika dalam ekspedisi untuk meneroka tapak kapal karam Titanic selepas terputus hubungan dengan kapal penyelidikan Polar Prince, kira-kira 1 jam 45 minit selepas penyelaman mereka bermula.
Kapal selam itu kali terakhir dilaporkan di Atlantik Utara, kira-kira 900 batu di timur Cape Cod, dalam air yang diketahui mempunyai kedalaman kira-kira 13,000 kaki. Operasi mencari dan menyelamat bermula sejurus selepas itu dan masih dijalankan.
Menurut BBC, keseluruhan kapal selam itu ditutup dari luar, jadi walaupun kapal itu muncul, penumpang tidak dapat melarikan diri tanpa bantuan luar dan boleh lemas di dalam kapsul.
Segmen CBS Sunday Morning di mana wartawan David Pogue yang menyertai peminat fanatik Titanic yang membayar mahal untuk menaiki kapal selam yang direka khas oleh OceanGate.
Ianya mula disiarkan pada 27 November 2022 lalu.
Memandangkan potensi bencana boleh berlaku, membuatkan rang ramai mula berkongsi siaran segmen CBS Sunday Morning pada November 2022 yang menunjukkan wartawan David Pogue melawat Titan, yang kemudiannya dinaikinya untuk ekspedisi ke Titanic.
Semasa klip CBS, Rush memberi Pogue tentang kapal selam itu dengan menyatakan “hanya satu butang” sahaja menggerakkan seluruh kapal dan mengatakan bahawa kapal selam “sepatutnya seperti lif.”
Pogue juga menyebut berapa banyak komponen penting dalam kepal selam itu yang kelihatan diubah suai, termasuk paparan komputer, lampu, dan menggunakan paip pembinaan sebagai pemberat.
Semasa segmen itu, Rush memegang pengawal Logitech F710 Wireless yang dicetak secara 3D dan berkata: “Kami menjalankan semuanya dengan pengawal [controller] permainan ini.”
Pengawal Logitech F710, yang diperkenalkan pada tahun 2010, ialah pad permainan dua thumb stick, wireless untuk PC yang menggunakan komunikasi 2.4 GHz kepada penerima USB.
Dan ia biasanya dijual pada harga kira-kira $30 di Amazon atau sekitar RM140.00.
Tidak lama selepas berita tentang pengawal Logitech di atas Titan tersebar pada pagi Selasa, akaun Twitter Cheap As Gamer, yang kerap menyiarkan tentang tawaran murah dalam pasaran permainan video, menyiarkan pautan Amazon ke pengawal Logitech F710 di Twitter, dan item itu cepat habis dijual.
Ini bukan kali pertama Titan tersesat. Pada hari Isnin, Pogue menulis tweet bahawa semasa laporannya pada musim panas lalu tentang Titan, kapal selam itu juga hilang selama beberapa jam (semasa Pogue berada di dalam air), walaupun dia kemudian menyatakan bahawa semasa perjalanannya, kapal selam itu masih mempunyai hubungan dengan kapal lain.
Walaupun penggunaan pengawal permainan PC bernilai $30 untuk operasi tidak menimbulkan keyakinan terhadap pembinaan Titan, punca sebenar kehilangan kapal selam itu pada masa ini masih tidak diketahui. Usaha ditumpukan untuk mengesan kapal selam dan anak kapal, selepas itu siasatan mungkin akan cuba menentukan punca kejadian.
Pihak berkuasa, bimbang dengan nyawa anak kapal, telah menggunakan pelbagai kaeda, termasuk menggunakan pelampung sonar dan pesawat dengan keupayaan pengesanan dalam air untuk membantu dalam operasi pencarian.
Pada petang Isnin, Pengawal Pantai AS menganggarkan bahawa Titan mungkin mempunyai kira-kira 70 hingga 96 jam oksigen yang tinggal.