Koleksi Kapsul Naruto Oleh Carnival Ini Yang Mengancam

Sebuah syarikat dari bangkok iaitu Carnival sebelum ini mengeluarkan beberapa koleksi Dragon Ball Z.

Dan kini retailer yang berpangkalan di Bangkok itu berkolaborasi dengan Naruto Shippuden untuk mengeluarkan koleksi yang digelar kapsul Naruto Shippuden.

Koleksi istimewa ini pastinya tidak mahu dilepaskan oleh peminat setia Anime Naruto.

Selain daripada meraikan ahli Team 7 (Kakashi), koleksi ini juga mengeluarkan edisi untuk watak penjahat Akatsuki.

Akatsuki merupakan sekumpulan ninja yang wujud di luar sistem perkampungan yang tersembunyi. Kumpulan ini adalah kumpulan subversif ataupun kongsi gelap.

Manakala antagonis dalam siri Naruto pula sekumupulan ninja yang mahu menjadikan dunia ini lebih baik dan menjejak penjahat.

Kapsul Naruto Shippuden ini termasuk hoodies, baju t, topi, beg kecil, beg tangan dan juga casing telefon pintar yang bergaya.

Menurut Hypebeast ntara yang popular setakat ini adalah hoodies yang ada Kakashi Hatake, Naruto Uzumaki dan Sasuke Uchiha.

Berikut adalah beberapa koleksi Naruto x Carnival:

Korang boleh beli baju tu kat sini: Naruto Shippuden Capsule

Baca yang lain