Kapten Baharu Perancis, Mbappe Mahu Tambah Koleksi Euro

Kylian Mbappe menyatakan bahawa dia mahu menjulang Euro 2024 sebagai kapten Perancis.

Pemain itu benar benar bersemangat untuk memenangi Euro kali ini lebih lebih lagi inilah kejohanan besar pertama dia menjadi ketua pasukan untuk negaranya.

Penggempur baharu Real Madrid itu mahu semua pemain dan rakyat Perancis melupakan kekalahan di final Piala Dunia 2022. Kerana mereka harus memandang dan melangkah ke hadapan.

Mbappe menegaskan bahawa dia sudah menerima kekalahan di final Piala Dunia 2022 dengan tenang. Malah dia kini tersenyum apabila menonton kembali perlawanan final itu kerana ianya telah menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak.

Di mana skuad Perancis pada ketika itu kalah di tangan Argentina yang diketuai Lionel Messi menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi menghiburkan sepanjang 120 minit.

Menurut Mbappe, Euro akan menjadi pelengkap koleksi piala antarabangsanya. Kerana sebelum ini dia sudah menjulang Piala Dunia dan Piala Negara Negara Eropah bersama denga Les Bleus.

Mbappe berkata: “Saya nak menang Euro. Saya dah menang Piala Dunia dan Piala Negara Negara Eropah, ini adalah satu satunya kejohanan besar yang saya masih tak menangi.

“Ini adalah pertandingan pertama saya sebagai kapten Perancis. Dan ianya sangat penting buat diri saya.

“Kita harus memandang dan bergerak ke hadapan selepas kegagalan di final Piala Dunia lalu. Semua orang menyukai perlawanan itu kecuali kita rakyat Perancis.

“Namun sekarang saya menonton balik perlawanan itu dengan senyuman. Ianya adalah sebahagian daripada sejarah.”

Perancis antara pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2024 kali ini. Aksi Euro 2024 akan dianjurkan di Jerman dan bermula hujung minggu ini.

Adakah Kylian Mbappe akan berjaya mengetuai rakan rakannya untuk menjulang Euro 2024? Sama sama kita nantikan.