Kapten China Bersara Selepas Seri ‘Memalukan’ Dengan Singapura, Beritahu Isterinya Dia Tak Boleh Terima

Kapten pasukan kebangsaan China, Zhang Linpeng memutuskan untuk bersara daripada peringkat antarabangsa selepas mencatatkan keputusan ‘memalukan’ seri 2-2 dengan Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Menurut Zhang, keputusan seri dengan pasukan kerdil Singapura itu adalah perkara yang tidak boleh diterima dan memalukan. Singapura beza hampir 70 anak tangga di bawah china dalam ranking FIFA.

Zhang terkilan pasukannya diikat Singapura pada minit akhir permainan. Sambil mengesahkan dia sudah meluahkan perasaannya kepada isterinya tentang betapa dia malu dan tak dapat menerima hakikat tersebut.

“Saya dah lama sebenarnya memikirkan untuk bersara daripada peringkat kebangsaan. Namun sekarang ini, selepas keputusan seri 2-2 menentang Singapura, saya yakin masanya sudah tiba.

“Kami malah tidak mampu menewaskan Singapura. Saya rasa keputusan ini sukar diterima dan saya anggap ia satu perkara yang memalukan,” tegas pemain berusia 34 tahun itu kepada South China Morning Post.

Agensi berita China, Xinhua News Agensi sempat menangkap layar post oleh isteri Zhang yang menunjukkan screen shot perbualan dia dan suaminya selepas tamat perlawanan.

Daripada perbualan tersebut, Zhang kelihatan sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Dia meminta isterinya memujuk hatinya. Namun tidak dapat.

Lalua dia pun berjanji kepada isterinya bahawa dia akan menjadi orang pertama yang akan bertanggungjawab selaku seorang ketua pasukan. Langkah yang dia ambil adalah bersara untuk memberikan peluang kepada generasi baharu pula mengisi tempatnya.

Zhang menambah: “Saya rasa saya dah tak boleh lakukan lebih baik lagi. Setiap hari saya berikan 100 ke 200 peratus usaha. Namun ini keputusan yang sangat teruk. Saya benar benar tidak boleh menerimanya. Jadi, ayuh tamatkan sahaja semua ini di sini.

Digelar sebagai Zhang-mos, merujuk kepada nama Sergio Ramos, Zhang bermain di posisi bek kanan dan bek tengah.

Pada Khamis lalu, Singapura mengikat China setelah ketinggalan 2 gol. Singapura di bawah kendalian pengurus baharu Tsutomu Ogura yang mengendalikan aksi debut untuk dirinya sebagai ketua jurulatih.

China turut dilatih pengurus baharu iaitu Branko Ivankovic, yang mengambil alih daripada Aleksandar Jankovic selepas China tersingkir awal dalam temasya Piala Asia yang lalu.

Baca yang lain