Son Heung Min dilaporkan tidak pernah berminat untuk bermain di Arab Saudi. Pemain antrabangsa Korea Selatan itu menjadi nama terbaru yang dikaitkan dengan minat daripada kelab Arab Saudi.
Hal ini kerana Son menganggap Liga Perdana Inggeris terlalu beprestij untuk ditukar ganti dengan Liga Pro Saudi.
Wartawan Korea Selatan, Lee Sungmo menedahkan bahawa Son Heung Min akhirnya memberikan respon tentang tawaran daripada Arab Saudi.
Son berkata: “Saya masih ada banyak lagi benda saya nak buat di Liga Perdana Inggeris. Wang bukan perkara penting sekarang ini, berbanding dengan kebanggaan bermain bola sepak dan bermain di liga yang paling saya minati.”
“Saya akan bersedia apabila saya kembali ke Spurs.”
Son juga memetik kata kata bekas kapten Korea Selatan iaitu Ki Sung Yueng yang menegaskan bahawa selaku kapten Korea Selatan, mereka tidak seharusnya menurun taraf liga mereka dan beraksi di Korea Selatan jika mereka masih diperlukan di Eropah.
Son membuat perbandingan: ” [Ingat kata kata Ki Sung Yueng] Kapten pasukan Korea Selatan tak akan pernah sesekali pergi ke China [dari Eropah].”
Son also quoted a famous words from former captain of South Korea Ki Sung-yeung which is
“South Korean captain won’t go to Chinese league”, which means, that he implied that as Ki said in the past, he won’t consider to play in another Asian league. (2)
— Sungmo Lee (@Sungmo_Lee) June 20, 2023
Son merujuk kepada pendirian Ki Sung Yueng yang tidak sanggup menukar liga di eropah dengan mana mana liga di Asia, selagi lagi dia diperlukan di Eropah.
Ketika itu Ki Sung Yueng menjadi pemain yang dimahukan kelab Liga Super China yang mirip dengan revolusi di Arab Saudi pada masa ini. Membawa ramai pemain bintang dari Eropah dan menawarkan mereka gaji tak masuk akal.
Menurut Lee Sungmo, Son Heung Min mahu menjaga legasinya sebagai pemain yang kerap dianggap sebagai pemain terbaik Asia sepanjang zaman. Dan ketika ini dia adalah kapten kebangsaan Korea Selatan.
Dia mahu sentiasa berada di tahap tertinggi untuk pasukan kebangsaannya.
Son Heung Min nampaknya masih komited untuk Tottenham. Dan sedia untuk kembali memulakan misi menamatkan kemarau piala di kelab itu.
Spurs akan dibimbing pengurus baharu, Ange Postecoglou. Dan mereka kini sedang berusaha membawa beberapa pemain baharu, termasuk David Raya.
Spurs turut mengumumkan mereka telah mendapatkan Kulusevski secara tetap selepas tempoh cemerlang beliau ketika dipinjam oleh kelab itu dari Juventus.