Alvaro Morata semalam membuat perkara paling sia sia apabila dia dikenakan kad ketika di bangku simpanan.
Kad kuning itu bermakna Morata akan terlepas aksi separuh akhir Euro menentang Perancis.
Alvaro Morata menjadi pemain utama pengurus, De la Fuente dan dia juga dilantik menjadi kapten. Sebelum ini kapten Sepanyol ialah Sergio Ramos yang sudah tidak lagi menyarung jersi La Roja.
De La Fuente menjelaskan Morata dipilih sebagai kapten kerana mengambil kira senioriti pemain itu. Dia adalah pemain paling banyak kaps dalam pasukan ini.
Sepanjang Euro 2024, Morata telah menjadi tonggak utama La Roja. Dan Sepanyol terpaksa kehilangan kapten mereka dalam aksi separuh akhir yang akan datang.
Kemudian De La Fuente turut kehilangan khidmat Dani Carvajal yang menerima kad kuning kedua pada masa masa tambahan. Kini seorang lagi nama yang merupakan kapten ketiga mereka iaitu Le Normand turut tidak dapat beraksi kerana penggantungan.
Senario lebih buruk jika Morata digantung untuk aksi final. Kerana ketika ini, UEFA masih menjalankan siasatan kenapa Morata dikenakan kad kuning oleh Anthony Taylor semalam.
Jika dia ternyata melakukan provokasi dan menggunakan kata kata kesat dia berisiko digantung 2 perlawanan oleh UEFA.
Selain daripada kehilangan 3 kapten utama pasukan, Sepanyol turut kehilangan Pedri yang terpaksa dikeluarkan pada minit ke-6 kerana mengalami kecederaan selepas terjahan oleh Toni Kroos.
Aksi separuh akhir antara Sepanyol dan Perancis adalah pada 9 Julai akan datang.