Karakter Manga Ini Jadi Pemain Jepun Pertama Diumum Secara Rasmi Sertai Kelab Profesional Argentina

Dalam cerita manga Haikyuu, Hinata Shoyo, watak utamanya telah jatuh cinta dengan bola tampar setelah menyaksikan kejohanan bola tampar di TV.

Setelah mengalami kekalahan yang teruk di sekolah menengah, Hinata Shoyo melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah tempat seterunya belajar.

Di sana dia telah memulakan fasa baharu dalam karier bola tamparnya di mana dia telah membentuk gandingan luar biasa dengan seterunya itu.

Haikyuu!! memulakan sirinya pada tahun 2012 dan sejak itu mengumpulkan 45 jilid dan tiga musim anime dengan yang keempat akan dilancarkan pada Oktober 2020.

https://youtu.be/RjXUNdLedwo

Siri ini dipenuhi dengan adegan bola tampar yang penuh aksi dan cerita tentang watak yang disukai dan bersemangat.

Ini juga dibantu bahawa siri anime yang sarat dengan gambaran cerita dengan  latar belakang yang indah termasuk runut bunyi yang syahdu.

Tetapi yang mengejutkan, siri manga ini telah melangkaui alam hitam putih kepada dunia sebenar.

Lebih menarik, bukan watak utama yang menjadi sensasi, tetapi watak antagonis yang bernama Oikawa Tohru.

Menjelang siri akhir manga ini, Oikawa menjadi sekutu kepada Hinata dan bahkan gemar akan semangat Hinata untuk menjadi pemain bola tampar di kelas tertinggi.

Dan perkara yang membuat peminat menjerit kegembiraan adalah ketika akhir siri ini menunjukkan bahawa Oikawa telah menjadi point guard untuk Kelab Bola Tampar profesional Argentina Club Athletico San Juan.

Daripada jalan cerita sekadar di manga, dan kemudian di anime, kelab Athletico San Juan telah mengambil serius isu ini.

Di mana mereka benar benar mengumumkan penyertaan Oikawa dalam pasukan mereka.

Ianya telah menjadikan #Oikawa trending di Twitter.

Mereka memasukkan namanya di akaun Twitter mereka.

Mereka bahkan memuat naik video jurulatih dan ahli pasukan mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Oikawa di akaun Twitter mereka.

“Kami sangat gembira kerana Oikawa telah menerima tawaran kami dan akan bermain di UPCN Voley musim ini,” kata jurulatih UPCN San Juan, Fabián Armoa dalam video khas.

“Ini adalah kali pertama pemain Jepun akan mengambil bahagian dalam liga kami dan itu adalah penghormatan besar bagi kami.”

Bukan itu sahaja, malah terdapat jersi dengan nama dan nombor Oikawa yang dicetak.

Malah ada media arus perdana yang turut menghebahkan tentang berita tersebut.

Termasuk juga media cetak.

Ramai peminat bola tampar dan siri manga tersebut teruja dan gembira dengan ‘gesture’ yang diberikan oleh kelab bola tampar Athletico San Juan.

Ianya dianggap benar benar menghidupkan jalan cerita fiksyen tersebut.

Sumber: Mashable