Karier Syazwani Di Arsenal Berakhir Selepas Dikantoikan Hisap Dblend Di Perkarangan Stadium

Tomasz Szczęsny (ya aku copy nama ni dari google sebab payah betul ejaannya) atau nama manjanya Syazwani merupakan penjaga gol yang mendapat kepercayaan daripada Arsene Wenger kerana bakatnya.

Namun Wenger mulai hilang kepercayaan kepada Syazwani adalah kerana pemain tersebut ditangkap merokok di perkarangan kompleks sukan Arsenal.

Ketika itu, Wani sedang kecewa selepas kekalahan di tangan Southampton. Kejadian itu berlaku 2015.

Szczesny menyalakan api rokoknya di tempat mandi setelah kekalahan 2-0 di Southampton pada Hari Tahun Baru.

Perbuatannya itu ternyata mengundang pada. Dia kemudiannya didenda dan disisihkan oleh Arsene Wenger. Di mana Tun Wenger tidak banyak cakap dalam perkara itu tetapi bertindak.

Pemain antarabangsa Poland itu menegaskan tidak ada pertengkaran besar dengan Wenger mengenai insiden itu, namun Szczesny kehilangan status sebagai penjaga gol utama.

Menamatkan musim tersebut dengan kebanyakan aksi di pertandingan piala sahaja.

Wani kemudian menghabiskan dua tahun secara pinjaman di Roma sebelum bergabung dengan Juventus dalam perjanjian tetap pada musim panas 2017.

Szczesny telah menceritakan secara terperinci kejadian yang menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Emirates.

“Pada masa itu saya selalu merokok dan bos sangat mengetahui akannya,” kata Szczesny kepada podcast Arsenal Nation.

“Namun bos tidak mahu ada sebarang pemain atau pegawai yang merokok di bilik persalinan dan saya juga tahu akan perkara itu.”

“Kerana emosi permainan selepas kalah, saya menikmati sebatang rokok selepas perlawanan. Saya pergi ke sudut bilik mandi, ianya berada di hujung bilik persalinan dan tidak ada yang dapat melihat saya, dan saya menyalakan sebatang.”

“Seseorang telah melihat saya, tapi  bukan bos sendiri yang nampak. Dan orang itu terus melaporkannya kepada bos. Saya mengadap bos beberapa hari kemudian, dia bertanya kepada saya apakah itu benar dan saya berkata, ‘ya’. Dia mendenda saya dan itulah penghujungnya.”

Syazwani menegaskan dia kekal profesional menerima hukuman kerana kesalahannya. Dia langsung tidak mempersoalkan atau bertengkar dengan Wenger.

“Dia kemudian berkata, ‘dengar sini, kamu akan disisihkan daripada pasukan buat sementara waktu’–  tetapi tidak ada pertengkaran besar atau konfrontasi besar antara saya dan Wenger. Saya sangat profesional mengenainya.”

“Saya menjangkakan akan kembali dalam pasukan beberapa minggu kemudian tetapi pasukan kami ketika mempunyai prestasi yang baik dan David Ospina, yang masuk ke gawang, bermain dengan sangat baik untuk beberapa perlawanan itu. Dia kemudian terus bertahan.”

“Itu bererti saya sedang menunggu dan berusaha merebut kembali tempat saya dalam pasukan, atau berusaha meyakinkan bos bahawa saya masih menjadi penjaga gol terbaik di kelab dengan keluar secara pinjaman. Kedengaran agak pelik tetapi kadang-kadang ia adalah kaedah terbaik untuk melakukannya.”

Pada Euro 2020 yang lalu, pemain itu turut kantoi menghisap rokok. Namun pengurus Poland terbuka menerima tabiat pemain itu.

Pengurus Poland, Paulo Sousa menegaskan bahawa Wani sudah sedaya upaya bersembunyi merokok.

Namun masalahnya adalah wartawan paparazi yang mengambil gambar pemain tersebut tanpa kebenaran. Sousa mengakui terkejut dengan gambar gambar Wani yang sedang sedap menghembus D blend.

Sousa berkata: “Kamu mahu tahu apa yang paling teruk pada pandangan saya? Paparazzi yang mengambil gambar itu secara bersembunyi.”

“Kami harus melindungi pasukan kami terutama sekali para pemain muda.”

“Seperti yang semua tahu, ramai pemain bola sepak di sana yang merokok. Namun Wojtek [nama manja Wani] tidak sengaja merokok di hadapan umum. Jadi, mengambil gambar seperti itu jauh lagi teruk daripada merokok.”

Sousa menegaskan Wani aka Wojtek akan terus menjadi penjaga gol utamanya, tiada masalah.

Baca yang lain