Karim Benzema sebelum ini mengejutkan dunia apabila dia meminta untuk meninggalkan Real Madrid untuk mengejar kontrak luar biasa di Al Ittihad.
Pemain itu membuat permintaan untuk dilepaskan Real Madrid pada masa itu. Dengan Al Ittihad menawarkannya gaji £172 juta semusim. Sebagai perbandingan gaji tertinggi di Liga Pro Saudi ketika ini milik Cristiano Ronaldo dengan £177 juta setahun.
Dia diraikan bagai seorang bintang oleh peminat Al Ittihad. Mana tidaknya, dia merupakan pemain yang ketika itu masih di prestasi kemuncaknya.
Malangnya, Benzema kemudian dilaporkan tidak ngam dengan pengurus pada masa itu iaitu Nuno Espirito Santo.
Benzema tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menjadi kapten dan pada masa yang sama mengkritik taktikal pengurus itu.
Nuno terus membuatkan Benzema sakit hati apabila dia menegaskan Benzema tidak sesuai menjadi kapten pasukannya kerana masih kurang memahami kehendak taktikalnya.
Kelab memutuskan untuk berpihak kepada Benzema dan Nuno dipecat digantikan dengan Marcelo Gallardo.
Benzema kemudian dilantik menjadi kapten pasukan. Ianya disahkan kelab selepas Benzema ketika itu meminta cuti rehat khas.
Di bawah kendalian pengurus baharu, Benzema sekali lagi tidak berpuas hati. Dia dikatakan benar benar kecewa dengan kekalahan memalukan Al Ittihad di tangan Al Nassr.
Di mana mereka dibelasah 2-5 oleh Al Nassr. Selepas perlawanan itu Benzema hilang tanpa diketahui. Dia kemnudian dilaporkan meninggalkan Jeddah tanpa memaklumkan sesiapa di kelab itu.
Benzema yang diharap dapat melapor diri untuk latihan pada hari berikutnya, tidak berbuat demikian dan dia terlepas latihan menjelang aksi menentang Al Tai.
Sejak akhir Disember lalu, Benzema langsung tidak terlibat dalam latihan. Dan akhirnya kelab memutuskan untuk memberikan cuti khas kepada pemain itu.
Ketika pemain lain wajib melapor diri untuk latihan pertengahan musim, semasa rehat Piala Asia, Benzema pula diberikan pengecualian. Dan terbaru Marca melaporkan, Benzema menegaskan ketika ini dia terperangkap di Mauritius kerana taufan yang melanda.
Dan kini, hanya selepas enam bulan di Arab Saudi. Benzema sudah tidak mahu lagi terus bermain di sana. Dan dia sudah memberitahu ejennya bahawa dia mahu kembali ke kancah bola sepak Eropah.
Benzema sendiri tidak merancang untuk kembali segera ke Al Ittihad untuk menyertai latihan di bawah Marcelo Gallardo.
Kini dia benar benar mahu kembali ke Eropah. Perkembangan ini menarik minat banyak kelab gergasi di Eropah. Ini termasuk kelab lamanya, Real Madrid.
Jika Benzema keluar dari Al Ittihad dan meminta penamatan kontrak, dia akan kehilangan sebahagian besar daripada wang yang ditawarkan kepadanya.
Benzema dikatakan sudah hilang keseronokan bermain bola sepak di Arab Saudi pada masa ini.
Seterusnya Caught Offsiden melaporkan bahawa Man United juga mempertimbangkan pilihan untuk meminjam Karim Benzema untuk 6 bulan terakhir musim ini. Ianya selepas kelab itu melepaskan Jadon Sancho ke Dortmund.
🚨 Manchester United are exploring a 6-month loan deal for Al Ittihad striker Karim Benzema. #MUFC [@Javier_EPP via @caughtoffside] pic.twitter.com/6iaSQen186
— mufcmpb (@mufcMPB) January 14, 2024