Kartel Paling Berpengaruh Mexico Tembak Mati Ketua Polis Yang Baru Beberapa Jam Dilantik

Di Mexico, Ketua Polis Daerah di negara itu telah dibunuh dengan kejam oleh kartel dadah yang paling berkuasa di Mexico. Mereka membunuhnya dengan kejam Juan Miguel Silva Alavarado, hanya selepas beberapa jam selepas dia dilantik menjadi Ketua Polis Daerah, dengan menembak dan meletupkan kepalanya di bar.

Juan Miguel Silva Alvarado, bekas peninju amatur, ditembak beberapa kali oleh kartel Sinaloa, yang menguasai aktiviti penyeludupan dadah menerusi terowong di bawah sempadan AS-Mexico untuk menghantar bahan seludupan mereka ke Amerika.

Mayatnya yang dipenggal terbaring di tepi jalan selepas dia ditembak pada 6 Ogos berhampiran Pejabat Pendakwa Negeri Sinoloa di Culiacán.

Juan Miguel diserang semasa dia diiringi oleh dua kereta peronda, menurut El Financiero. Selepas beberapa tembakan dilepaskan, anggota kartel didakwa telah mengambil senjata polis miliknya dan meninggalkan tempat kejadian.

Senjata yang digunakan kartel ditemui beberapa jam kemudian di tepi jambatan, termasuk senapang, yang mungkin digunakan untuk membunuh Juan Miguel.

Juan Miguel Silva Alvarado yang sebelum itu turut dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Keselamatan Awam Perbandaran, beberapa jam sebelum dia dibunuh.

Gabenor Sinaloa, Rubén Rocha Moya, telah berkata bahawa dia ‘sangat kesal’ dengan kematian Alvarado.

Menurut data Causa en comun sekurang-kurangnya tiga pegawai telah terbunuh di negara tersebut pada tahun ini.

Kartel di Sinaloa telah ditubuhkan pada lewat 80-an, dengan kumpulan itu dipercayai pembekal utama he ro in, ko k a i n, m e t h, M D M A dan f e n t a n y l ke AS.

Serangan pembunuhan terbaharu itu berlaku selepas keganasan kartel yang telah menyebabkan Mexico kini dalam keadaan huru hara dari segi keselamatan. Ancaman kumpulan kartel ini semakin membimbangkan.

Sekurang-kurangnya 11 orang dibunuh oleh samseng di Tijuana awal bulan ini antara 31 Julai dan 1 Ogos.

Outlet berita Zeta melaporkan bahawa tiga lelaki telah ditembak mati – Cristian Alexis Luna, 27, Ricardo Aguirre Rodríguez, 25, dan Gary Michael, 31.

Di tempat kejadian, telah dijumpai lebih daripada 30 butir peluru, kebanyakannya daripada pistol kaliber 9mm. Dua kereta turut rosak akibat tembakan di tempat kejadian. Penyerang dipercayai meninggalkan tempat kejadian dengan sebuah lori.

Di tempat lain, seorang lelaki maut selepas bergaduh di luar bar dan mayat seorang lagi ditemui di atas bukit berhampiran sebuah sekolah.

Laporan mengatakan bahawa kepala yang dipenggal ditemui di sebelah mayat yang digari dibalut dengan kain.

Pada bulan Julai, polis menemui sekurang-kurangnya tiga mangsa pembunuhan tanpa kepala di Juarez.

Pada 13 Julai, jurucakap polis mengesahkan bahawa satu mayat tanpa kepala ditemui berbalut selimut. Ianya telah dimasukkan ke dalam beg plastik dan ditinggalkan di tepi jalan.

Salah seorang ahli kartel Sinaloa ialah anak lelaki El Chapo, Ivan Archivaldo Guzman-Salazar. Archivaldo Guzmán-Salazar ialah ahli berpangkat tinggi dari Sinaloa Cartel.

Menurut polis, kebanyakan pembunuhan adalah berkaitan d a d ah. Bilangan pembunuhan telah meningkat mendadak di Juárez, dengan sekurang-kurangnya 1,200 pembunuhan dilaporkan pada 2018.

Bandar tersebut telah menyaksikan sekurang-kurangnya 400 pembunuhan tahun ini. Ia berlaku beberapa minggu selepas kepala yang dipenggal dan mayat 15 lelaki dan wanita yang hangus ditemui di pusat peranginan sempadan Tijuana.

Dua mayat hangus ditemui berhampiran kilang jakuzi dan satu lagi mayat yang reput teruk ditemui di dalam bagasi sebuah kereta.

Satu lagi penemuan menyeramkan, mayat ditemui di dalam guni, dengan kepala seorang wanita dan kaki seorang lagi ditemui.

Dengan penemuan yang mengerikan disertakan dengan nota yang berbunyi: ‘Ini untuk semua penjahat yang menyokong bencana di Playas, sudah ada pemerintah baharu: La Menchiza.’

Sementara itu, pihak berkuasa Mexico juga mendakwa bahawa kartel membunuh dua paderi di sebuah gereja dan mencuri mayat mereka pada bulan Jun.

Paderi Katolik Jesuit Javier Campos Morales, 79, dan Joaquín César Mora Salazar, 80, ditembak mati.

Mereka telah cuba membantu pemandu pelancong mereka, Pedro Eliodoro Palma. Palma bersembunyi di dalam gereja untuk melindungi dirinya daripada kumpulan dadah.

Menurut pejabat pendakwa raya negeri di Chihuahua, mayat tiga lelaki itu kemudian dibawa lari oleh sekumpulan lelaki di belakang sebuah trak pikap.

Baca yang lain