Kasihan Tengok Tevez Kena Bahan Sebab Pakai Audi Je, Rooney Belikan Tevez Lamborghini

Apa yang korang akan buat kalau tengok kawan korang kena gelak dan kena bahan je kerja dia sebab pakai kereta yang dianggap murah?

Belikan dia myvi terus? Sanggup tak? Siapa tahu kan kalau korang mampu dan ada wang yang banyak. Semuanya adalah demi kawan dan brotherhood yang sukar untuk dijelaskan.

Carlos Tevez berkongsi cerita tentang kemurahan hati insan bernama Wayne Rooney. Di mana bekas kapten England dan Man United itu pernah menghadiahkannya sebuah kereta mewah, Lamborghini.

Rooney sanggup memberikan Carlos Tevez kereta mewah miliknya kerana kesiankan Tevez yang dibuli rakan rakan akibat memakai Audi.

Ketika itu, pemain pemain Manchester United memang dan kaya raya dengan gaji yang sangat tinggi.

Tevez juga memberitahu bahawa, pemain yang paling teruk di dalam pasukan Man United pun boleh pakai Ferrari yang mewah.

Rata-rata pemain bintang Man United ketika itu mendapat gaji lebih £100,000 seminggu. Celah gigi je semua tu.

Hari ni lagilah tinggi gaji gaji pemain pemain yang bergelar bintang ni.

Rooney berikan Lamborghini

Ketika Tevez menyertai Man United pada 2007, beliau memakai kereta yang diberikan kelab kepada pemain mereka iaitu Audi.

Kereta tu cantik. Tetapi untuk level pemain di Man United ketika itu, kereta tu memang dipakai pemain yang sengkek sangat, baru menyertai Man United.

Beliau menjelaskan ia adalah budaya di Man united. Jelas sekali berbeza dengan ketika beliau di West Ham dan Boca Juniors.

“Di West Ham, kami menyelamatkan diri daripada tersingkir dengan kemenangan pada hari terakhir menentang Man United di Old Trafford.”

“Ianya berbeza di Man United dan juga Boca. Di Boca, kalau saya miss penalti, mereka akan bunuh saya. Itu tak berlaku di Man United.”

Tevez berkata: “Saya ketika itu pergi ke pusat latihan dengan Audi. Mereka menganjing saya dengan teruk masa tu. Lalu saya bertanya, apa masalahnya?”

“Rooney terus berkata:’ Nah, kau ambillah Lamborghini ni’. Rooney telah memberikan Lamborghini itu kat saya.”

“Pemain paling teruk di Man Utd pun boleh pakai Ferrari. Mereka lihat kereta Audi ni macam tengok Fiat 600 je.”

Itulah kisah Wayne Rooney yang murah hati dan dermawan. Beliau sanggup memberikan rakannya yang baru nak up ketika itu kereta Lamborghini miliknya.

Selain daripada kagum dengan kemurahan hati Wayne Rooney, Tevez juga kagum dengan kualiti pemain itu di atas padang.

Beliau melihat banyak persamaan di antara beliau dengan Wayne Rooney. Rooney seorang pemain yang sentiasa berjuang sehingga ke wisel penamat di atas padang.

“Corak permainan beliau seperti saya. Dan saya secara peribadi merasakan Rooney adalah refleksi kepada diri saya.”

Carlos Tevez menikmati karier yang indah di Manchester United ketika itu. Beliau bergandingan dengan Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.

Trio serangan yang menjadi kegerunan kepada pertahanan kerana ketiga tiga mereka memiliki kualiti penyudah yang luar biasa.

Tevez kemudian melakukan perpindahan kontroversi ke Man City yang baru kaya raya. Beliau juga pernah memperlekehkan Sir Alex Ferguson ketika keraian piala di Man City.

Selepas itu, Tevez menyertai beberapa lagi kelab termasuk Juventus dan kini kembali semula ke Boca Juniors.

Baca yang lain